Pengarang: Admin
Tuan Haji Mohammed Shakib Bin Haji Ali selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan dan menyampaikan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Mukim Tangkak dan Kesang.
Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima dari kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan dari segi agama dan bangsa.
Bagi fasa ini, penerima adalah dari kalangan penghidap penyakit kencing manis, masalah penglihatan, masalah buah pinggang, strok serta jangkitan kuman pada paru-paru yang...
ZIARAH KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 1 & 2 BULAN NOVEMBER 2021 KEPADA KELUARGA-KELUARGA TERMISKIN DI MUKIM PLENTONG, MUKIM TEBRAU DAN MUKIM PULAI DAERAH JOHOR BAHRU
Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 1 & 2 Bulan November 2021 bertempat di Mukim Plentong, Mukim Tebrau dan Mukim Pulai daerah Johor Bahru. Turut mengiringi Penghulu Tinggi, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan. Antara penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah:-
1- Lelaki Warga emas yang uzur
2- Anak OKU...
ZIARAH KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 2 BULAN NOVEMBER 2021 KEPADA KELUARGA-KELUARGA TERMISKIN DI KAMPUNG MELAYU PANDAN MUKIM PLENTONG DAERAH JOHOR BAHRU
Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 2 Bulan November 2021 bertempat di Kampung Melayu Pandan Mukim Plentong daerah Johor Bahru.
Turut mengiringi Penghulu Tinggi, Penghulu Mukim dan juga ahli jawatankuasa Masjid Dato’ Abdul Rahim Yunus, Kampung Melayu Pandan.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan. Antara penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT
Tn Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 2 bulan November kepada beberapa penerima yang telah dikenalpasti di Mukim Gemas.
Penerima merupakan dari kalangan keluarga yang sedang menghadapi cabaran hidup yang getir terutamanya mereka yang terkesan dalam fasa Andemik Covid19 ini.
Sesungguhnya kurniaan ini turut mencerminkan akan keprihatinan dan kasih sayang yang berterusan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada bangsa johor, khasnya penduduk daerah Segamat.
Semoga Allah SWT sentiasa memberikan keredhaan dan rahmat...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Satu dan Dua Bulan November 2021 kepada beberapa keluarga di dua buah Mukim iaitu Mukim Bukit Batu dan Mukim Sedenak, pagi tadi.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, wakil Amin Baitulmal Daerah Kulai, wakil Pegawai JKM Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini bagi membantu meringankan beban dan kesulitan hidup...