Pengarang: Admin
Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Encik Herman bin Raban, Ketua Penolong Pegawai Daerah telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang dan Paloh, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Kanan dan Penghulu Mukim Paloh serta ketua kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan...
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN NOVEMBER FASA 3 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT
En. Mohd Haniff bin Ahmad, Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng telah menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan November Fasa 3 Tahun 2021. Penyerahan Kurniaan telah diteruskan lagi dengan melibatkan beberapa buah keluarga termasuk di Mukim Tg. Sembrong dan Chaah Bahru.
Manakala Ketua Penolong Pegawai Daerah telah menyempurnakan sesi penyampaian di Mukim Simpang Kiri dan Penolong Pegawai Daerah kepada beberapa buah keluarga di Mukim Sri Medan.
Turut hadir, Setiausaha Majlis Daerah Yong Peng; wakil Pegawai Kebajikan...
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN NOVEMBER FASA 2 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT
YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan November Fasa 2 Tahun 2021. Penyerahan Kurniaan telah diteruskan lagi dengan melibatkan beberapa buah keluarga termasuk di Mukim Kg. Bharu. Manakala Ketua Penolong Pegawai Daerah telah menyempurnakan sesi penyampaian di beberapa buah keluarga di Mukim Simpang Kiri.
Turut hadir, WakilAmin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat; Ketua Penghulu; Penghulu Tinggi; Penghulu Mukim Kg. Bharu; Penghulu Mukim Simpang Kiri; serta Ketua...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Tiga Bulan November 2021 kepada beberapa keluarga di dua buah Mukim iaitu Mukim Senai dan Mukim Kulai.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, wakil Amin Baitulmal Daerah Kulai, wakil Pegawai JKM Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini bagi membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh...
DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MENERIMA MENGADAP PANGLIMA BRIGED KE-7 INFANTRI MALAYSIA
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YBhg. Brigedier Jeneral Mohamad Suria Mohamad Saad, Panglima Briged Ke-7 Infantri Malaysia (7 Briged) pada hari ini, 17 November 2021 di Royal Johor Polo Club. Allah Peliharakan Sultan.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
YBhg. Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 3 bagi bulan November 2021 bertempat di Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi.
Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.
Antara keluarga-keluarga penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah terdiri daripada...