Pengarang: Admin
Selamat menyambut Hari Deepavali buat semua masyarakat Hindu di Johor. Semoga sambutan pada kali ini membawa cahaya dan kejayaan kepada anda semua. Deepavali Vaalthukkal!DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 1 BULAN NOVEMBER
YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah mengadakan lawatan ke Mukim Bandar, dan Mukim Sungai Terap menyantuni beberapa keluarga untuk menyerahkan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan terkesan akibat pandemik COVID-19.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khusus di Muar ini sentiasa menjadi keutamaan. Bantuan...
MENTALITI MENENTUKAN KEMAJUAN DAN KEJAYAAN
Mata kita ini jangan mudah sangat dirabunkan dengan benda manis yang hanya sementara. Hati pula jangan mudah sangat berpuas hati apabila masalah yang sebenar belum selesai. Jikalau cepat sangat berpuas hati dengan pencapaian yang tiada makna atau yang kecil, maka sampai bila-bila tidak akan kemana-mana.Prinsip hidup, jangan gembira dahulu selagi benda tiada di tangan dan mata belum dapat melihatnya.Mentaliti menentukan kemajuan dan kejayaan.DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Kanan dan Penghulu Mukim Kluang.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT
En Mohd Fazle Bin Mohd Yusop, Ketua Penolong Pegawai Daerah Segamat mewakili Tuan Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 1 bulan Oktober kepada beberapa penerima yang telah dikenalpasti di Mukim Pogoh, Sg. Segamat, Gemereh dan Jementah.
Sesungguhnya kurniaan ini turut mencerminkan akan keprihatinan dan kasih sayang yang berterusan DYAM Tunku Mahkota Johor akan kesulitan dan kesusahan yg dihadapi rakyat bangsa johor dalam menghadapi cabaran hidup yang getir terutamanya mereka yang terkesan pada masa pandemik Covid19.
Semoga Allah SWT...
DYMM SULTAN JOHOR DAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MENERIMA MENGHADAP DUTA BESAR PERANCIS KE MALAYSIA
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap H.E Mr. Roland Galharague, Duta Besar Perancis ke Malaysia di Istana Pasir Pelangi, Johor pada 31 Oktober 2021. Allah Peliharakan Sultan.