Skip to main content

Pengarang: Admin

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Enam Bulan November 2021 kepada beberapa keluarga di dua buah Mukim iaitu Mukim Senai dan Mukim Kulai pagi tadi. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Pegawai JKM Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat. Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini bagi membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan dan terjejas akibat wabak pandemik...

Continue reading

LAWATAN RAMAH MESRA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG PARIT RAJA DARAT, BATU PAHAT

Pada hari ini (6 Disember 2021), saya telah berangkat ke Kampung Parit Raja Darat, daerah Batu Pahat untuk mengadakan lawatan ramah mesra bersama para penduduk kampung. Program pertama telah diadakan dengan para golongan belia dari Batu Pahat di Rumah Makan Tok Dan. Seterusnya, saya telah mengadakan ziarah kasih ke rumah warga-warga kampung yang asnaf bagi menghulurkan bantuan kepada mereka. Semoga sumbangan saya dapat membantu meringankan beban mereka. Lawatan diteruskan dengan program Belia Sihat di Dewan Terbuka Hj. Sirat. Tidak lupa juga warga emas kampung dengan sesi sembang...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT

Tn Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 6 bulan November kepada beberapa penerima yang telah dikenalpasti. Turut mewakili dalam penyerahan ialah En Mohd Fazle Bin Mohd Yusof, Ketua Penolong Pegawai Daerah Segamat. “Kurniakanlah kekuatan dan ketabahan kepada keluarga penerima ini untuk menghadapi perjuangan dan ujian dalam kehidupan. Semoga kurniaan ini dapat memberi manfaat dan kesejahteraan yang berterusan”. Sesungguhnya kurniaan ini turut mencerminkan akan keprihatinan dan kasih sayang yang berterusan DYAM...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH MERSING

Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang memerlukan di Mukim Mersing, Tenglu dan Padang Endau Bagi Bulan November (Fasa 4, 5 Dan 6) Tahun 2021 Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah ialah Tuan Haji Hefnee Bin Md. Noor, Penghulu Kanan Daerah Mersing, Pejabat Kadi Daerah Mersing, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Daerah Mersing, YPKDT Daerah Mersing, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Mersing, dan Penghulu-penghulu Mukim. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Encik Herman bin Raban, Ketua Penolong Pegawai Daerah telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Kanan dan Penghulu Mukim Kluang. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.