Pengarang: Admin
Tn Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 5 bulan November kepada beberapa penerima yang telah dikenalpasti.
Sesungguhnya kurniaan ini turut mencerminkan akan keprihatinan dan kasih sayang yang berterusan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada bangsa johor, khasnya penduduk daerah Segamat.
Semoga Allah SWT sentiasa memberikan keredhaan dan rahmat berterusan kepada DYAM Tunku Mahkota Johor.
“Berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada keluarga penerima ini untuk menghadapi perjuangan dan ujian dalam kehidupan. Semoga kurniaan...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Empat dan Fasa Lima Bulan November 2021 kepada beberapa keluarga di dua buah Mukim iaitu Mukim Bukit Batu dan Mukim Sedenak, hari ini.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah wakil Amin Baitulmal Daerah Kulai, wakil Pegawai JKM Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini bagi membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh...
KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT – FASA 4 BULAN NOVEMBER 2021
Tn Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 4 bulan November kepada beberapa penerima yang telah dikenalpasti.
Penerima merupakan dari kalangan keluarga yang sedang menghadapi cabaran hidup yang getir terutamanya mereka yang terkesan dalam fasa Andemik Covid19 ini.
ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 5 BULAN NOVEMBER
YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah mengadakan lawatan dan ziarah kasih ke Mukim Bukit Kepong di Kampung Raja dan Kampung Felcra Bukit Kepong bagi menyerahkan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan terkesan akibat pandemik COVID-19.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khusus di Muar ini sentiasa menjadi...