Pengarang: Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor telah mengadakan jamuan makan malam bersama Francesco Totti, legenda AS Roma dan pemenang Piala Dunia 2006 bersama Itali di Johor Bahru pada hari ini, 2 Januari 2026.
Penyerang legenda tersebut berada di Johor untuk bertemu DYAM Pemangku Sultan Johor dan melawat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim. Allah Peliharakan Sultan.
RANGKUMAN 2025: PEMANGKU SULTAN JOHOR MENERAJUI PERUBAHAN, MEMBINA LEGASI BANGSA JOHOR.
Tahun 2025 melakar satu transformasi penting Negeri Johor di bawah naungan DYAM Tunku Mahkota Ismail, sebagai Pemangku Sultan Johor sejak 2024.
Bagi Pemangku Sultan Johor, mandat ini bukan sekadar tugas, namun satu misi penting menjadikan Johor sebagai pemain utama ekonomi di rantau Asia.
Daripada realisasi Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) yang membuka pintu pelaburan dunia, hinggalah kepada usaha memperkasakan pendidikan, perkhidmatan kesihatan yang dinaik taraf dan mewujudkan peluang kerja berpendapatan tinggi.
Matlamat Pemangku Sultan Johor adalah demi keterjaminan...
SELAMAT TAHUN BARU 2026
Selamat menyambut tahun baru 2026.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
SELAMAT HARI NATAL
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
ULANG TAHUN KEPUTERAAN TUNKU TEMENGGONG JOHOR
Selamat Ulangtahun Keputeraan kepada YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor