Pengarang: Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Shuhaimi Mat Wajab , Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Brigedier Jeneral Zulhelmi Masdar, Panglima Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) dan YDH CP Datuk Ab Rahaman Arsad, Ketua Polis Negeri Johor pada hari ini, 25 November 2025.
Pertemuan itu bagi membincangkan berkaitan pelaksanaan program Latih Amal Ex Railguard 2025 yang melibatkan pelbagai agensi keselamatan dan pergerakan aset-aset kenderaan agensi keselamatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman ketenteraman...
TERIMA MENGADAP HAKIM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH (1) JOHOR BAHRU
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Y.A. Tuan Atan Mustaffa Yussof Ahmad, Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah (1) Johor Bahru pada hari ini, 25 November 2025.
Hadir sama adalah Y.A. Dato’ Abdul Fareed Abdul Gafoor, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah (3)Johor Bahru, Y.A. Tuan Noor Hisham Ismail, Hakim Mahkamah Tinggi Sivil (1) Johor Bahru dan Y.A. Puan Wong Mee Ling, Hakim Mahkamah Tinggi Sivil (3) Johor Bahru. Allah Peliharakan Sultan.
RAJA PERMAISURI AGONG SEMPURNAKAN MAJLIS PELANCARAN POLISI PEMBANGUNAN HIJAU JOHOR 2030
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pelancaran Polisi Pembangunan Hijau (PPHJ) 2030 pada hari ini (24 November).
Berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda, YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.
Hadir sama, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, Dato’ Asman Shah Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor dan Dato’ Ir Hasni Mohammad, Pengerusi Eksekutif Johor Sustainability Centre (JSC).
Selain pelancaran PPHJ 2030, majlis hari ini turut menyaksikan perasmian Raja Zarith Sofiah Learning Centre dan Pusat Kelestarian Johor...
ALHAMDULLILAH
Alhamdulillah atas rezeki hari ini, dan atas segala yang bakal menyusul.
ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG
Allah Peliharakan Sultan. Daulat Tuanku.
MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL & DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang berlangsung di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru pada hari ini, 21 November 2025. Allah Peliharakan Sultan.