Skip to main content

Pengarang: Admin

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR DI MUKIM TEBRAU, DAERAH JOHOR BAHRU

Yang Berbahagia Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor di Mukim Tebrau, Daerah Johor Bahru kepada para penerima yang terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan, individu yang menghidap penyakit kronik, dan ahli keluarga yang memiliki anggota keluarga Orang Kurang Upaya (OKU). Kurniaan ini diberikan sebagai tanda keprihatinan serta bagi meringankan beban yang dihadapi oleh golongan tersebut. Dengan adanya bantuan ini, diharapkan mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih...

Continue reading

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MELUANGKAN MASA SANTAP TENGAH HARI BERSAMA KHABIB NURMAGOMEDOV

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor meluangkan masa santap tengah hari bersama Khabib Nurmagomedov, bekas Juara Dunia UFC Kategori Lightweight pada hari ini, 18 November 2025. Hadir sama adalah YAB Dato Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, EXCO Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Dato’ Seri Lee Chong Wei dan Sonny Bill Williams, Duta Sukan Johor. Allah Peliharakan...

Continue reading

KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI KELUARGA TERMISKIN DI DAERAH BATU PAHAT

Cik Nor Izza Farha binti Asimat, Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat, telah hadir selaku wakil rasmi YBhg. Tuan Mohd Farid bin Kassim, Pegawai Daerah Batu Pahat, bagi menyempurnakan Program Ziarah Prihatin sempena penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. Program Ziarah Prihatin ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam membantu golongan sasar yang menghadapi kepayahan hidup, golongan asnaf, miskin tegar serta kurang berkemampuan. Semoga penyampaian kurniaan ini membawa keceriaan dan memberi manfaat kepada semua penerima.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.