Pengarang: Admin
Allah Peliharakan Sultan. Daulat Tuanku.
MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL & DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang berlangsung di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru pada hari ini, 21 November 2025. Allah Peliharakan Sultan.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Syifa, Bandar Penawar, Johor pada 21 November 2025. Allah Peliharakan Sultan.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR DI MUKIM TEBRAU, DAERAH JOHOR BAHRU
Yang Berbahagia Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor di Mukim Tebrau, Daerah Johor Bahru kepada para penerima yang terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan, individu yang menghidap penyakit kronik, dan ahli keluarga yang memiliki anggota keluarga Orang Kurang Upaya (OKU).
Kurniaan ini diberikan sebagai tanda keprihatinan serta bagi meringankan beban yang dihadapi oleh golongan tersebut. Dengan adanya bantuan ini, diharapkan mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih...
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT KE MAJLIS PECAH TANAH GYM KHABIB
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Pecah Tanah Gym Khabib yang berlangsung di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Iskandar Puteri pada hari ini, 18 November 2025. Allah Peliharakan Sultan.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MELUANGKAN MASA SANTAP TENGAH HARI BERSAMA KHABIB NURMAGOMEDOV
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor meluangkan masa santap tengah hari bersama Khabib Nurmagomedov, bekas Juara Dunia UFC Kategori Lightweight pada hari ini, 18 November 2025.
Hadir sama adalah YAB Dato Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, EXCO Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Dato’ Seri Lee Chong Wei dan Sonny Bill Williams, Duta Sukan Johor. Allah Peliharakan...