Pengarang: Admin
Ybhg. Tuan Haji Kamalludin Bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Pontian, Encik Muhammad Haziq Bin Abdul Latif, Penolong Pegawai Daerah Pontian, berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail kepada beberapa keluarga Yang Kurang Bernasib Baik Di Daerah Pontian.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit,...
TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR, SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR DAN KETUA POLIS JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini, 5 November 2025.
Hadir sama adalah YDH CP Datuk Ab Rahaman Arsad, Ketua Polis Johor.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara dan isu-isu penting negeri termasuk perancangan ekonomi dan keselamatan disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor. Allah Peliharakan Sultan
YANG DI-PERTUAN AGONG DIBERI SAMBUTAN SEMPENA LAWATAN NEGARA KE ARAB SAUDI
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim diberikan sambutan negara di Istana Yamamah, Riyadh bersempena lawatan negara Seri Paduka Baginda ke Arab Saudi.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 1.30 tengah hari waktu tempatan Saudi (6.30 petang waktu Malaysia) disambut penuh mesra Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud.
Lagu Negaraku dan lagu kebangsaan Arab Saudi dimainkan sebagai tanda penghormatan sebelum Seri Paduka Baginda dengan diiringi Putera Mohammed bin Salman berjalan masuk ke istana melintasi kawalan...
TITAH DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERHUBUNG PEMAIN WARISAN MALAYSIA
Apabila FIFA tidak mengharamkan Israel, semua orang bising dan mengkritik FIFA bermacam-macam. Tetapi apabila FIFA mengharamkan pemain Malaysia, anda pula memuji dan mengagungkan FIFA. Contoh terbaik hipokrasi.
TITAH DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERHUBUNG KEPUTUSAN FIFA
FIFA terus menghukum para pemain dengan tidak menggunakan peruntukan sebenar undang-undang, sedangkan Artikel 22 dalam kod FIFA menyatakan bahawa hanya mereka yang memalsukan atau menggunakan dokumen palsu boleh dikenakan tindakan, dan perkara itu langsung tidak terpakai kepada para pemain.
Dengan kata lain, hukuman yang dikenakan ini tidak berasaskan undang-undang dan kelihatan lebih bersifat ‘bermotif politik’ berbanding sebab yang sebenar.
Ada yang memilih untuk menuding jari, ada yang memilih untuk membuat bising, tetapi saya memilih untuk berdiri dan menyokong perjuangan...
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN PRESIDEN FIFA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat mengadakan pertemuan dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino pada hari ini, 25 Oktober 2025. Sebelum pertemuan tersebut, Baginda telah mengadakan sidang media bagi membincangkan perkara-perkara penting berkaitan pembangunan serta hala tuju masa depan bola sepak Malaysia.
Baginda bertitah, “Kita bukan berada di sini untuk saling menuding jari, kita berada di sini untuk mencari penyelesaian dan membina asas bola sepak yang kukuh untuk negara.”