Pengarang: Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menjemput para pemain dan barisan kejurulatihan skuad Ragbi Johor untuk makan malam bersama selepas kejayaan mereka memasuki pusingan akhir Piala Agong setelah menewaskan skuad Perlis pada hari ini, 18 Oktober 2025. Allah Peliharakan Sultan.
ULANG TAHUN KEPUTERAAN RAJA MUDA JOHOR
Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
DI BELAKANG PENTAS BERSAMA SELURUH KELUARGA WWE
Di belakang pentas bersama legenda sebenar Triple H, John Cena, American Nightmare Cody Rhodes, The Usos dan seluruh keluarga @wwe. #gameisrigged
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI MUKIM TEBRAU, DAERAH JOHOR BAHRU
Yang Berbahagia Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bagi Mukim Tebrau, Daerah Johor Bahru kepada para penerima yang terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan, individu yang menghidap penyakit kronik, dan ahli keluarga yang memiliki anggota keluarga Orang Kurang Upaya (OKU).
Kurniaan ini diberikan sebagai tanda keprihatinan serta bagi meringankan beban yang dihadapi oleh golongan-golongan tersebut. Dengan adanya bantuan ini, diharapkan mereka dapat menjalani kehidupan...
ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR
Tuan Ts. Haji Mohd Johari bin Tarmidi, Pegawai Daerah Tangkak telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor kepada beberapa penerima dari Mukim Bukit Serampang.
Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan, ahli keluarga OKU, pesakit terlantar dan berpenyakit kronik. Kurniaan ini adalah bagi membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini adalah Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan warga kerja Pejabat Daerah Tangkak.