Skip to main content

Pengarang: Admin

MAJLIS PELANCARAN PROJEK MAHARANI FREEPORT

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Pelancaran Projek Maharani Freeport di Maharani Energy Gateway, Tanjung Emas, Muar pada hari ini, 29 November 2025. Hadir sama adalah YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, YB Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor. Allah Peliharakan...

Continue reading

TERIMA MENGADAP DELEGASI TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Ir. Megat Jalaluddin Bin Megat Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif TNB pada hari ini, 26 November 2025. Hadir sama adalah YBhg. Datuk Kamal Arifin bin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail TNB dan En. Hasmarizal Hassan, Ketua Pegawai Grid TNB. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP DELEGASI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Ibrahim Ahmad, Pengerusi, Lembaga Pengarah Universiti pada hari ini, 25 November 2025. Hadir sama adalah YBhg. Prof. Dr. Mas Fawzi Mohd Ali, Naib Canselor, Tuan Haji Naim Maslan, Pendaftar, Puan Norliah Yaakub, Penasihat Undang-Undang dan Encik Shamsulkhairi Md Salleh, Pengarah Canselori. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP PANGLIMA 21 GERUP GERAK KHAS

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Shuhaimi Mat Wajab , Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Brigedier Jeneral Zulhelmi Masdar, Panglima Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) dan YDH CP Datuk Ab Rahaman Arsad, Ketua Polis Negeri Johor pada hari ini, 25 November 2025. Pertemuan itu bagi membincangkan berkaitan pelaksanaan program Latih Amal Ex Railguard 2025 yang melibatkan pelbagai agensi keselamatan dan pergerakan aset-aset kenderaan agensi keselamatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman ketenteraman...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.