Pengarang: Admin
Saya amat bimbang terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang bakal timbul apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link antara Johor Bahru dan Singapura mula beroperasi. Sehingga kini, tiada penyelesaian menyeluruh disediakan bagi menampung peningkatan jumlah trafik — termasuk pelaksanaan sistem ART bertingkat (elevated ART) atau alternatif pengangkutan lain di kawasan sekitar Bukit Chagar.
Kerajaan Persekutuan memaklumkan bahawa tiada peruntukan mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan sekiranya penyelesaian bertingkat sepenuhnya dilaksanakan. Namun begitu, Pulau Pinang mampu...
TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR DAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini, 12 November 2025.
Hadir sama adalah YB Dato’ Haji Mohd Haffiz Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru dan YB Datin Paduka Hajah Hazlina Jalil, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
“Datuk Bandar MBJB dan MBPG perlu memastikan kerja-kerja penyelenggaraan jalan, lampu jalan serta semua kemudahan awam berada dalam keadaan baik dan terurus.
...
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT MENGIRINGI KEBERANGKATAN TIBA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE JOHOR BAHRU
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Hangar Diraja Johor bagi mengiringi keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Johor Bahru pada hari ini, 9 November 2025. Allah Peliharakan Sultan.
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
Ybhg. Tuan Haji Kamalludin Bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Pontian, Encik Muhammad Haziq Bin Abdul Latif, Penolong Pegawai Daerah Pontian, berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail kepada beberapa keluarga Yang Kurang Bernasib Baik Di Daerah Pontian.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit,...
TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR, SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR DAN KETUA POLIS JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini, 5 November 2025.
Hadir sama adalah YDH CP Datuk Ab Rahaman Arsad, Ketua Polis Johor.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara dan isu-isu penting negeri termasuk perancangan ekonomi dan keselamatan disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor. Allah Peliharakan Sultan
YANG DI-PERTUAN AGONG DIBERI SAMBUTAN SEMPENA LAWATAN NEGARA KE ARAB SAUDI
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim diberikan sambutan negara di Istana Yamamah, Riyadh bersempena lawatan negara Seri Paduka Baginda ke Arab Saudi.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 1.30 tengah hari waktu tempatan Saudi (6.30 petang waktu Malaysia) disambut penuh mesra Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud.
Lagu Negaraku dan lagu kebangsaan Arab Saudi dimainkan sebagai tanda penghormatan sebelum Seri Paduka Baginda dengan diiringi Putera Mohammed bin Salman berjalan masuk ke istana melintasi kawalan...