Pengarang: Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada hari ini, 25 Mei 2024. Allah Peliharakan Sultan.
SELAMAT HARI WESAK
Selamat Hari Wesak kepada semua rakan kami yang beragama Buddha. Semoga hari istimewa ini dipenuhi dengan kebahagiaan, keberkatan dan kedamaian.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR UNTUK KELUARGA TERMISKIN DI DAERAH MERSING
Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Muhammad Jafni Adli bin Ja’afar, Penolong Pegawai Daerah Mersing, telah menyempurnakan penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kepada beberapa keluarga termiskin di Mukim Tenglu, Mersing.
Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khususnya di Daerah Mersing.
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Puan Nuradibah binti Arop (Penolong Pegawai Daerah) bersama-sama Tuan Haji Norazmi bin Md Anuar (Penghulu Kanan) dan Ketua Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Ketua Kampung Parit Hassan serta Ketua Kampung Bukit Kenangan Simpang Renggam telah menyempurnakan agihan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kepada beberapa keluarga di mukim Ulu Benut, daerah Kluang.
Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif,...
TERIMA MENGADAP DELEGASI KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT (AS) DI MALAYSIA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia yang diketuai oleh TYT Edgard D. Kagan, Duta Besar AS ke Malaysia di Istana Bukit Serene, Johor pada hari ini, 21 Mei 2024.
Hadir sama adalah Christopher Carver, Kaunselor Politik dan Susan Riggs, Timbalan Kaunselor Ekonomi Kedutaan AS di Malaysia. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR, SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR, SPEAKER DEWAN NEGERI JOHOR SERTA PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN DAN PENERANGAN JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini, 20 Mei 2024.
Hadir sama adalah YB Datuk Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi, Speaker Dewan Negeri Johor dan YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor. Allah Peliharakan Sultan.