Pengarang: Admin
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YB Mohd Rafizi Bin Ramli, Menteri Ekonomi di Istana Negara pada hari ini, 28 Mei 2024.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor, Dato’ Dr Badrul Hisham Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar (IRDA) dan Dato’ Ashari Kasnan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan). Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP EXCO BELIA, SUKAN, PEMBANGUNAN USAHAWAN, KOPERASI DAN SUMBER MANUSIA NEGERI JOHOR; DATUK BANDAR JOHOR BAHRU SERTA KETUA POLIS JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru dan YDH CP M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Ketua Polis Johor pada hari ini, 26 Mei 2024.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara berkaitan hal ehwal negeri dan isu-isu penting disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR
Penyerahan kurniaan sumbangan DYAM Pemangku Sultan Johor kepada 4 orang penerima dari Mukim Parit Bakar telah disampaikan oleh En. Muhammad Ismat bin Salleh, Penolong Pegawai Daerah selaku wakil Yang Berbahagia Tuan Haji Hasrin Kamal Bin Hashim, Pegawai Daerah Muar di rumah penerima berkenaan.
Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan dan merupakan pesakit kronik. Kurniaan ini diharapkan dapat membantu golongan tersebut serta meringankan beban mereka.
Turut serta bersama adalah Penghulu Tertinggi, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung yang berkenaan.
TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI MALAYSIA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada hari ini, 25 Mei 2024. Allah Peliharakan Sultan.
SELAMAT HARI WESAK
Selamat Hari Wesak kepada semua rakan kami yang beragama Buddha. Semoga hari istimewa ini dipenuhi dengan kebahagiaan, keberkatan dan kedamaian.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR UNTUK KELUARGA TERMISKIN DI DAERAH MERSING
Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Muhammad Jafni Adli bin Ja’afar, Penolong Pegawai Daerah Mersing, telah menyempurnakan penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kepada beberapa keluarga termiskin di Mukim Tenglu, Mersing.
Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khususnya di Daerah Mersing.