Skip to main content

KIT UJIAN KENDIRI ANTIGEN COVID-19

Hari ini saya telah menerima sebanyak 100,000 kit ujian kendiri antigen Covid-19. Kit ujian ini akan diagihkan ke seluruh Johor bagi meningkatkan kapasiti saringan supaya pengesanan jangkitan Covid-19 lebih efektif dapat dijalankan dan kes positif dapat dikesan. Kit ujian kendiri ini akan membantu dalam usaha mengawal penularan wabak Covid-19 dan mengenal pasti tempat-tempat hotspot. Kita perlu meningkatkan lagi ‘Test, Trace and Vaccinate’ jika imuniti kelompok ingin dicapai secepat mungkin. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

PERTINGKATKAN LAGI KADAR VAKSINASI DI JOHOR

Saya benar-benar memahami tentang rungutan rakyat Johor mengenai kadar vaksinasi di negeri ini yang perlahan. Ia perlu segera dipercepatkan untuk memastikan kita dapat mencapai imuniti kelompok dan membolehkan ekonomi Johor kembali pulih dengan cepat. Saya telah diberitahu oleh YB Khairy Jamaluddin dan pegawai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bahawa Johor telah menerima 165,000 dos vaksin pada hari ini untuk menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 695,370 dos untuk bulan Julai. Johor sepatutnya menerima 1.293 juta dos untuk bulan Julai tetapi terdapat kelewatan dari Pfizer dan...

Continue reading

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna dan dirahmati, sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan. Saya doakan agar anda dan keluarga kekal selamat dalam menyambut Hari Raya Aidiladha tidak kira di mana anda berada. Saya turut berdoa agar kehidupan kita kembali sediakala seperti dahulu secepat mungkin. Insya Allah. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

SYABAS DAN TERIMA KASIH BANGSA JOHOR

Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada rakyat Johor dan semua pihak yang terlibat dalam usaha pendaftaran vaksin Covid-19 yang kini sudah mencecah kadar 86.5% termasuk pejabat-pejabat daerah, agensi-agensi kerajaan negeri dan Southern Volunteers yang digerakkan sebulan yang lepas. Sebanyak 2,346,163 Bangsa Johor sudah mendaftar untuk penerimaan vaksin setakat Ahad, 18 Julai 2021. Saya menyeru mereka yang belum mendaftar untuk melakukan pendaftaran secepat mungkin supaya kesejahteraan rakyat terjamin dengan imuniti kelompok dan pemulihan ekonomi Johor juga dapat bermula. DYAM...

Continue reading

SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020

Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada para atlet kebangsaan yang akan bertanding di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari 23 Julai hingga 8 Ogos nanti. Seramai 30 orang atlet negara bakal bertanding dalam 27 acara yang melibatkan 10 jenis sukan. Saya yakin atlet-atlet kita mampu berdaya saing dengan para atlet negara lain di persada dunia untuk mencapai kecemerlangan. Tahniah juga saya ucapkan kepada YB Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan atas usaha beliau dalam memastikan kontinjen negara dapat pergi ke Olimpik Tokyo kali ini walaupun berdepan cabaran...

Continue reading

LAWATAN KE PUSAT PENYIMPANAN VAKSIN, HOSPITAL PERMAI JOHOR BAHRU

Saya telah melawat Pusat Penyimpanan Vaksin di Hospital Permai, Johor Bahru pada hari ini (Rabu, 14 Julai 2021) untuk memeriksa proses pengedaran vaksin Covid-19 ke pusat-pusat pemberian vaksin (PPV) di Johor. Saya juga telah mengadakan perbincangan dengan YB Vidyananthan A/L Ramanadhan, EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan, dan YB Dato’ Haji Mohd Noh bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor. Saya telah menitahkan agar program vaksinasi di semua daerah di Johor diberi keutamaan supaya imuniti kelompok boleh dicapai...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.