DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MENERIMA MENGHADAP MENTERI LUAR NEGERI SINGAPURA
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YBhg. Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Luar Negeri Singapura yang juga melawat Ibu Pejabat JDT pada hari ini, 2 Disember 2021. Kerajaan Singapura telah menyumbangkan 100,000 dos vaksin Covid-19 kepada Johor sebagai sebahagian daripada hasil jalinan hubungan baik antara Johor dan Singapura. Allah Peliharakan Sultan.
JOHOR KINI MERUPAKAN ANTARA NEGERI YANG MEMPUNYAI TAHAP KEMISKINAN YANG RENDAH
Berdasarkan data, Johor kini merupakan antara negeri yang mempunyai tahap kemiskinan yang rendah. Ini adalah hasil usaha pelbagai pihak termasuk Tuanku Sultan Johor, kerajaan negeri dan pihak swasta dalam memastikan supaya tiadanya Bangsa Johor yang menghadapi kebuluran. Namun begitu, lebih banyak perlu dilakukan, khususnya oleh Kerajaan, untuk membantu rakyat Johor kembali ke tahap kehidupan yang normal seperti zaman sebelum tercetusnya wabak Covid-19.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Sumber:...
MAJLIS PENGURNIAAN DARJAH SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Pengurniaan Darjah Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor yang berlangsung di Balai Mengadap Baharu, Istana Bukit Serene pada 29 November 2021. Allah Peliharakan Sultan.