Saya amat berbesar hati kepada Tun Mahathir kerana turut mengatakan mengenai saya dalam buku terkini beliau berjudul, ‘Capturing Hope’.
Saya dididik dari kecil lagi untuk sentiasa menghormati semua agama dan juga rakyat berbilang kaum. Saya dan keluarga saya juga telah banyak memberi sumbangan kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, serta akan terus membantu kebajikan semua kaum.
Tetapi saya juga adalah seorang bangsa Melayu dan tidak lupa akan tugas saya untuk mempertahankan Agama Islam. Itulah sebab saya menentang Statut Rom dan ICERD.
Berkenaan isu Statut Rom dan ICERD...
MAJLIS PENGISYTIHARAN MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG (MBPG)
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Pengisytiharan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di Menara Aqabah, Pasir Gudang pada 9 Disember 2021. Allah Peliharakan Sultan.
LAWATAN RAMAH MESRA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG PARIT RAJA DARAT, BATU PAHAT
Pada hari ini (6 Disember 2021), saya telah berangkat ke Kampung Parit Raja Darat, daerah Batu Pahat untuk mengadakan lawatan ramah mesra bersama para penduduk kampung.
Program pertama telah diadakan dengan para golongan belia dari Batu Pahat di Rumah Makan Tok Dan. Seterusnya, saya telah mengadakan ziarah kasih ke rumah warga-warga kampung yang asnaf bagi menghulurkan bantuan kepada mereka. Semoga sumbangan saya dapat membantu meringankan beban mereka.
Lawatan diteruskan dengan program Belia Sihat di Dewan Terbuka Hj. Sirat. Tidak lupa juga warga emas kampung dengan sesi sembang santai...