Skip to main content

PENGHANTARAN BANTUAN KEDUA SUDAH BERTOLAK

Penghantaran bantuan kedua sudah bertolak. Diharapkan bantuan-bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terjejas akibat banjir. Terima kasih kepada semua pihak dan agensi Johor yang terlibat dalam usaha bantuan ini. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

ISU BENCANA BANJIR DAN SUKARELAWAN AKAN DIHANTAR UNTUK MEMBANTU MANGSA BANJIR

Saya mengambil maklum mengenai bencana banjir yang telah melanda enam negeri. Saya berharap pihak berkuasa memberi pertolongan kepada semua yang terjejas. Tumpuan juga perlu diberi kepada pencegahan banjir dengan segera.Saya juga telah mengarahkan agar Southern Volunteers bersiap sedia untuk dihantar ke kawasan-kawasan banjir bagi usaha membantu, membersih dan pengagihan sumbangan barangan keperluan. Sama-sama kita doakan untuk keselamatan dan berkat Allah SWT bagi semua mangsa banjir.DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

MELAWAT DAN BERAMAH MESRA DENGAN PENDUDUK MERSING

Pada hari ini (18 Disember 2021), saya dan isteri telah berangkat ke daerah Mersing untuk melawat dan beramah mesra dengan para penduduk di sekitar daerah. Program untuk hari ini bermula di Kampung Air Puteri dengan lawatan ziarah kasih ke rumah warga-warga kampung yang asnaf bagi menghulurkan bantuan kepada mereka. Semoga sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban mereka. Seterusnya, program disambung dengan persembahan tarian tradisional dan permainan tradisional seperti sumpit, congkak dan dam soksek di Pejabat Majlis Kebudayaan Daerah Mersing. Persembahan diteruskan dengan...

Continue reading

HASRAT ADIK ADAM UNTUK MELAWAT LEGOLAND DITUNAIKAN

Hasrat adik Adam yang menghidap penyakit jantung terbalik untuk melawat Legoland telah ditunaikan hari ini, 18/12/2021. Atas titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ), adik Adam telah diiringi oleh Pegawai Daerah Pontian bagi menunaikan hasratnya. Semoga ia dapat membawa keceriaan kepada adik Adam dan keluarga. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MEMENUHI HASRAT ADIK ADAM DAN KELUARGA UNTUK MELAWAT LEGOLAND

Baru-baru ini ada berita mengenai adik Adam di mana beliau menghidapi penyakit jantung terbalik. Saya telah menitahkan Setiausaha saya dan Pegawai Daerah Pontian untuk memenuhi hasrat adik Adam dan keluarganya untuk melawat Legoland. Saya juga akan menanggung sepenuhnya perbelanjaan lawatan ini dan juga perubatan adik Adam. Diharapkan ini dapat membawa sedikit keceriaan kepada adik Adam dan keluarga. Alhamdulillah kita jumpa nanti. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.