Skip to main content

SALAM MAULIDUR RASUL

Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di mana jua anda berada. Semoga kita terus mencontohi akhlak serta mengamalkan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bersama-samalah juga kita berdoa agar Johor sentiasa di bawah keberkatan Allah SWT.DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

DYAM TMJ TERIMA JEMPUTAN UNTUK KOLABORASI JOHOR & JDT DENGAN PENGARANG DAN JURULATIH KORPORAT AMERIKA

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah menerima jemputan dari pengarang terkenal dan jurulatih korporat dari Amerika, Jack Canfield untuk mengkaji potensi bekerjasama bagi meningkatkan standard di negeri Johor dari segi pendidikan, kejayaan dan pemikiran positif bagi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (JCS). Canfield adalah pengasas kepada syarikat penerbitan berbilion Dolar yang telah menjual lebih 500 juta naskhah buku mengenai kemuncak prestasi dan pembangunan kendiri. Beliau pernah tampil di...

Continue reading

TMIYC HUTAN BANDAR DIJADIKAN PUSAT OPERASI SPECIAL TASK FORCE COVID-19 JOHOR

Saya telah menitahkan agar Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Hutan Bandar, Johor Bahru dijadikan pusat operasi Special Task Force Covid-19 (STFC) Johor. TMIYC Hutan Bandar akan menjadi pusat tumpuan bagi segala inisiatif STFC Johor sepanjang masa pandemik ini sehinggalah situasi di Johor kembali normal. Diharapkan ini dapat membantu usaha dan inisiatif STFC Johor dalam pengurusan wabak Covid-19. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

JOHOR AKAN BERALIH KE FASA 2 PELAN PEMULIHAN NEGARA TIDAK LAMA LAGI

Johor akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi. Selepas perbincangan saya dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Special Task Force Covid-19 Johor dan juga Menteri Kesihatan, saya yakin perkara ini akan diumumkan tidak lama lagi. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.