DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat hadir ke Majlis Angkat Sumpah Ahli Lembaga Majlis Agama Islam Negeri Johor yang berlangsung di Balai Mengadap Baharu, Istana Bukit Serene pada hari ini, 25 November 2021. Allah Peliharakan Sultan.
SELAMAT HARI KEPUTERAAN KE-63 DULI YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR
Allah Peliharakan Sultan
MEMBALAS DAKWAAN PROJEK FOREST CITY MERUPAKAN PROJEK YANG GAGAL
Saya ingin membalas dakwaan yang viral di media sosial yang menyatakan bahawa projek Forest City merupakan projek yang gagal. Ini adalah tidak benar dan merupakan fitnah yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu.Forest City merupakan sebuah projek yang sedang dibangunkan secara mampan dan berterusan. Projek ini sudah pun menyumbang pendapatan sebanyak RM630 juta kepada kerajaan negeri Johor dalam bentuk bayaran cukai, dividen, dan sebagainya. Projek ini juga telah mencipta pekerjaan untuk 1,200 rakyat tempatan dan menganugerahkan kontrak kerja bernilai RM1.4 bilion kepada 150 syarikat...
MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL ORANG MUDA JOHOR (OMJ FEST) 2021
Pada pagi ini, saya telah menyempurnakan majlis perasmian Festival Orang Muda Johor (OMJ Fest) 2021 peringkat negeri di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru. Turut hadir bersama YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tuan Vidyananthan A/L Ramanadhan, EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan, YB Datuk Mohd Izhar bin Ahmad EXCO Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Jabatan Kesihatan...
DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MENERIMA MENGADAP PANGLIMA BRIGED KE-7 INFANTRI MALAYSIA
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YBhg. Brigedier Jeneral Mohamad Suria Mohamad Saad, Panglima Briged Ke-7 Infantri Malaysia (7 Briged) pada hari ini, 17 November 2021 di Royal Johor Polo Club. Allah Peliharakan Sultan.
UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA JURUTERBANG TUDM
Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy, yang terlibat dalam kemalangan malam tadi sewaktu latihan rutin di pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Butterworth. Al-Fatihah.DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor