Skip to main content

BEKALAN VAKSIN COVID-19 JOHOR

Sukacita saya ingin maklumkan bahawa Johor akan menerima sebanyak 1.9 juta dos vaksin Covid-19 pada bulan September ini. Daripada jumlah dos vaksin ini, sebanyak 1.76 juta adalah vaksin Pfizer. Dengan jumlah dos ini saya yakin seluruh Bangsa Johor akan menerima vaksin tidak lama lagi. Bersama-sama kita doakan kejayaan program vaksinasi Covid-19. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

ALHAMDULILLAH, TETAPI KAMI HARUS BEKERJA LEBIH KERAS LAGI DEMI KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT TERJAMIN

Hasil mesyuarat pada hari ini : Saya telah berjumpa dengan YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Haji Mohd Noh Bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam Bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan, dan YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor pada hari ini untuk mendapat laporan terkini mengenai isu kekurangan vaksin di PPV Educity, pembatalan temu janji untuk...

Continue reading

MENGENAI BEKALAN VAKSIN DI JOHOR

Saya telah menitahkan YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor bagi mengadap esok. Saya juga akan berhubung dengan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan mengenai satu laporan yang saya terima mengenai kekurangan vaksin dan pembatalan temu janji untuk vaksinasi. Saya juga akan bangkitkan mengenai isu PPV Educity dan program vaksinasi untuk pekerja-pekerja kilang pada mesyuarat esok. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku...

Continue reading

PERJUMPAAN DENGAN GURU YANG MENOLAK VAKSIN COVID-19

Hari ini saya telah berjumpa para guru yang belum divaksinasi di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan bersama dengan YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Mohd Noh bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), Sohibus Samahah YB Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad, Mufti Johor (secara maya) dan Sohibus Samahah YB Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed, Timbalan Mufti Johor. Saya telah mendengar ulasan dari para guru mengenai isu-isu yang mereka hadapi. Daripada 779 orang guru yang...

Continue reading

RUMAH GELANDANGAN SEMENTARA

Dalam situasi semasa pandemik ini, amat penting untuk memastikan bahawa setiap lapisan masyarakat dipelihara, dan memiliki akses kepada barangan keperluan asas.  Pada 6 Julai 2021, saya telah menitahkan agar tempat perlindungan sementara segera didirikan untuk para gelandangan di Johor. Kerajaan Johor bertindak pantas dengan membuka dua tempat perlindungan sementara di Perling dan Anjung Singgah yang dapat menampung sehingga 200 orang. Tempat perlindungan kekal ketiga sedang dibina oleh MBJB di Taman Larkin Perdana dan dijangka siap menjelang Julai 2022. Ini adalah komitmen saya...

Continue reading

ISU GURU MENOLAK VAKSIN COVID-19

Saya akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Johor dan para guru di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan bersama-sama dengan Mufti Johor dan Setiausaha Kerajaan Johor pada Jumaat ini. Demi kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Insya’Allah. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.