DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat merasmikan Masjid Batu 16, Air Hitam, Muar Johor pada 25 Mac 2022. Baginda turut menunaikan Solat Jumaat bersama rakyat. Allah Peliharakan Sultan.
SELAMAT HARI POLIS 2022
Saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga PDRM dalam memastikan keselamatan serta keamanan Johor terus terjamin.
Selamat Hari Polis kepada semua warga PDRM!
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
KEPENTINGAN PENDIDIKAN UNTUK BELIA KITA DAN KE ARAH MENAMBAH BAIK SISTEM PENDIDIKAN DI JOHOR
Akses kepada pendidikan merupakan perkara yang sentiasa dekat di hati saya. Individu dari semua peringkat umur tanpa mengira status atau latar belakang harus sentiasa mempunyai akses yang mudah kepada peluang pendidikan untuk mengembangkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Adalah penting pendidikan berkualiti diberikan kepada rakyat khususnya golongan belia bagi membantu mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran hidup.
Mungkin sudah tiba masanya untuk merombak silibus pendidikan kita. Pandemik Covid-19 telah menunjukkan bahawa menjadi celik teknologi dan keperluan...
MAJLIS PERASMIAN MENARA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Perasmian Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru pada hari ini, 24 Mac 2022.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. Allah Peliharakan Sultan.
SEMOGA MENTERI BESAR JOHOR TERUSKAN BEKERJA SECARA EFEKTIF DEMI NEGERI DAN RAKYAT JOHOR
Syabas Dato’. Diharapkan kerja secara efektif demi negeri dan rakyat Johor. Visi tanpa pelaksanaan adalah halusinasi. Keutamaan kita haruslah untuk mempertingkatkan sektor pendidikan, ekonomi dan kesihatan.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=385532786905613&id=100063466850050