DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Pengurniaan Darjah Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor yang berlangsung di Balai Mengadap Baharu, Istana Bukit Serene pada 23 Mac 2022. Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor. Allah Peliharakan Sultan.
HARI ULANGTAHUN KEPUTERAAN RASMI DYMM SULTAN JOHOR
Hari Ulangtahun Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
SULTAN IBRAHIM POWER PLANT – LOJI JANAKUASA KOMERSIAL PERTAMA DUNIA GUNA TURBIN GAS BERTEKNOLOGI PALING CEKAP
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Perasmian Stesen Janakuasa Southern Power Generation (SPG) di Pasir Gudang pada hari ini, 22 Mac 2022.
Stesen yang dimasyhurkan sebagai Sultan Ibrahim Power Plant ini merupakan loji janakuasa komersial pertama di dunia menggunakan turbin gas berteknologi paling cekap dihasilkan oleh General Electric (GE).
Pembinaan SPG dengan kos RM4.7 bilion ini adalah gabungan usaha sama diantara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan SIPP Energy...
DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MELAWAT STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL BERSAMA PENYELIA PADANG JDT DAN CAPAI KATA SEPAKAT DENGAN PIHAK STADIUM UNTUK PADANG BAHARU
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor melawat Stadium Nasional Bukit Jalil dan berbincang mengenai penajaan rumput jenis Zeon Zoysia kepada stadium itu dengan YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Belia Dan Sukan.
DYAM Tunku Ismail turut menawarkan untuk menaja beberapa peralatan penyelenggaraan padang selepas padang ditukar. Perbadanan Stadium Malaysia mengalu-alukan penajaan tersebut namun meminta kerja-kerja tersebut hanya dimulakan pada Januari 2023 berikutan stadium telah ditempah sepenuhnya dengan pelbagai acara...
MELAWAT DAN BERAMAH MESRA BERSAMA WARGA KERJA POLIS DIRAJA MALAYSIA KONTINJEN JOHOR
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Mes Pegawai Kanan Polis Kontinjen Johor bagi melawat dan beramah mesra bersama wargakerja Polis DiRaja Malaysia Kontinjen Johor pada 15 Mac 2022 yang turut dihadiri oleh YDH CP Dato’ Kamarul Zaman bin Mamat, Ketua Polis Johor.
Dalam majlis tersebut, baginda turut menyaksikan sesi penyerahan tiga buah motosikal Kawasaki GTR 1400 daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor kepada Istana Johor. Allah Peliharakan Sultan.