Skip to main content

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR DIJEMPUT MENYAKSIKAN PERLAWANAN 2025 FIFA INTERCONTINENTAL CUP

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dijemput oleh His Excellency Sheikh Joaan bin Hamad Al Thani, Presiden Jawatankuasa Olimpik Qatar (QOC) dan Presiden Paris Saint-Germain FC (PSG) Nasser Al-Khelaifi untuk menyaksikan perlawanan 2025 FIFA Intercontinental Cup antara PSG dan Flamengo bersama delegasi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada 17 Disember 2025. DYAM Tunku Mahkota Ismail turut dijemput sebagai tetamu khas bagi Perlawanan Akhir Piala Arab FIFA antara Morocco dan Jordan malam ini. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT MENYAKSIKAN PERLUMBAAN ASIAN LE MANS SERIES

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat menyaksikan perlumbaan Asian Le Mans Series di Litar Antarabangsa Sepang Petronas pada hari ini, 13 Disember 2025. Perlumbaan tersebut turut disertai oleh YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor yang mewakili pasukan Johor Motorsports Racing (JMR). Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TITAH DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKENAAN PERKEMBANGAN POSITIF JOHOR

Ia merupakan minggu yang baik. Terdapat lebih banyak perkembangan positif minggu ini, dan dalam beberapa bulan akan datang melibatkan Ekonomi, Pendidikan, Pertahanan dan Sukan di negeri Johor. Saya telah menasihatkan Kerajaan Negeri untuk memantau dengan lebih teliti mengenai rumah mampu milik, peluang pekerjaan dan infrastruktur Negeri. Kami juga sedang meneliti cara untuk merangka strategi gaji minimum 4,000 Ringgit untuk Bangsa Johor. Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

MAJLIS PENYEMPURNAAN DAN PENGOPERASIAN LANDASAN BERKEMBAR ELEKTRIK GEMAS-JOHOR BAHRU

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kempas Baru pada hari ini, 11 Disember 2025. Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.