Skip to main content

TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR DAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini, 2 Disember 2025. Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara dan isu-isu penting disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

KENYATAAN FIFPRO BERHUBUNG TUJUH PEMAIN WARISAN MALAYSIA

FIFPRO mengambil maklum keputusan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Rayuan FIFA berhubung tujuh pemain yang memohon kelayakan untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia. Hukuman yang dikenakan kepada mereka — penggantungan 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak — adalah sangat tidak seimbang dengan keadaan sebenar kes tersebut. Jelas bahawa para pemain sebenarnya adalah mangsa dalam hal ini. Keputusan itu sendiri mengesahkan bahawa mereka tidak memalsukan sebarang dokumen untuk mendapatkan kelayakan, dan turut mengakui bahawa dokumen yang mereka serahkan adalah...

Continue reading

TITAH DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKAITAN MAHARANI FREEPORT

Alhamdulillah. Maharani Freeport Johor bakal mewujudkan 45,000 peluang pekerjaan. Seperti yang saya titahkan sebelum ini, dalam beberapa bulan akan datang akan ada lebih banyak pengumuman “besar” serta perkembangan positif untuk Johor. Ekonomi, Infrastruktur Negeri, Kesihatan, Pendidikan, dan Peluang Pekerjaan adalah keutamaan utama saya. Misi saya adalah memastikan Kerajaan Negeri Johor melaksanakan dan menunaikan agenda-agenda ini. Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

MAJLIS PELANCARAN PROJEK MAHARANI FREEPORT

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Pelancaran Projek Maharani Freeport di Maharani Energy Gateway, Tanjung Emas, Muar pada hari ini, 29 November 2025. Hadir sama adalah YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, YB Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor. Allah Peliharakan...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.