Skip to main content

SESI SOAL JAWAB DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERSAMA PARA PENYOKONG DI VAMOS COFFEE ROASTERY PETANG INI

Semua penyokong dijemput hadir ke Sesi Soal Jawab bersama Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor di Vamos Coffee Roastery jam 3.00 petang hari ini. DYAM Tunku Mahkota Ismail akan berkongsi dengan para penyokong mengenai perkara-perkara terkini dan perancangan masa hadapan Harimau Selatan. Sesi ini juga akan disiarkan melalui platform FB Live laman JOHOR Southern Tigers. 📍Vamos Coffee Roastery (bersebelahan KFC Dataran Bandaraya Johor Bahru)🗓 10 Disember 2025⏰️ 3.00 petang

Continue reading

TERIMA MENGADAP MENTERI PENYELARAS BAGI KESELAMATAN NEGARA DAN MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI SINGAPURA

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap H.E. K. Shanmugam, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, pada hari ini, 8 Disember 2025. Baginda menzahirkan kegembiraan dapat bertemu seorang sahabat baik, Menteri K. Shanmugam. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak membincangkan perkembangan pembangunan antara Malaysia dan Singapura, serta usaha berterusan bagi mengukuhkan hubungan erat antara Johor dan Singapura. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MAJLIS PELANCARAN PUSAT KANSER TUNKU LAKSAMANA JOHOR

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Pelancaran Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor, di Larkin pada hari ini, 5 Disember 2025. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP DELEGASI KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi Kementerian Pertahanan Malaysia yang diketuai oleh YB Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan dan delegasi Protocol Capital Group (PCG) yang diketuai oleh Robert Jungsoo Ryu, Ketua Pegawai Eksekutif PCG pada hari ini, 3 Disember 2025. Hadir sama adalah Laksamana Tan Sri Dato’ Zulhelmy Ithnain, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kolonel Lee Seongkyun, Atase Pertahanan dari Kedutaan Besar Republik Korea di Malaysia dan Richard Yun, Penasihat kepada Pengerusi...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.