Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang berlangsung di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru pada hari ini, 21 November 2025. Allah Peliharakan Sultan.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Syifa, Bandar Penawar, Johor pada 21 November 2025. Allah Peliharakan Sultan.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT KE MAJLIS PECAH TANAH GYM KHABIB
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Pecah Tanah Gym Khabib yang berlangsung di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Iskandar Puteri pada hari ini, 18 November 2025. Allah Peliharakan Sultan.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MELUANGKAN MASA SANTAP TENGAH HARI BERSAMA KHABIB NURMAGOMEDOV
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor meluangkan masa santap tengah hari bersama Khabib Nurmagomedov, bekas Juara Dunia UFC Kategori Lightweight pada hari ini, 18 November 2025.
Hadir sama adalah YAB Dato Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, EXCO Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Dato’ Seri Lee Chong Wei dan Sonny Bill Williams, Duta Sukan Johor. Allah Peliharakan...
TERIMA MENGADAP DELEGASI NIKE
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi Nike yang diketuai oleh Audrey Golden, Pengarah Pemasaran Sukan (Asia Tenggara & India) pada hari ini, 17 November 2025.
Nike akan melanjutkan kerjasama sebagai penaja utama pakaian rasmi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan satu majlis menandatangani perjanjian akan diadakan dalam masa terdekat. Dalam pertemuan tersebut, Nike turut menyampaikan cenderahati eksklusif berupa ‘saddle horse’ berlogo JDT dan Nike kepada Baginda.
Hadir sama adalah Luis Garcia, Ketua Pegawai...
TITAH DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERHUBUNG PERKEMBANGAN INFRASTRUKTUR JOHOR
Saya amat bimbang terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang bakal timbul apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link antara Johor Bahru dan Singapura mula beroperasi. Sehingga kini, tiada penyelesaian menyeluruh disediakan bagi menampung peningkatan jumlah trafik — termasuk pelaksanaan sistem ART bertingkat (elevated ART) atau alternatif pengangkutan lain di kawasan sekitar Bukit Chagar.
Kerajaan Persekutuan memaklumkan bahawa tiada peruntukan mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan sekiranya penyelesaian bertingkat sepenuhnya dilaksanakan. Namun begitu, Pulau Pinang mampu...