Skip to main content

TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR DAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini, 12 November 2025. Hadir sama adalah YB Dato’ Haji Mohd Haffiz Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru dan YB Datin Paduka Hajah Hazlina Jalil, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang. “Datuk Bandar MBJB dan MBPG perlu memastikan kerja-kerja penyelenggaraan jalan, lampu jalan serta semua kemudahan awam berada dalam keadaan baik dan terurus. ...

Continue reading

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT MENGIRINGI KEBERANGKATAN TIBA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE JOHOR BAHRU

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Hangar Diraja Johor bagi mengiringi keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Johor Bahru pada hari ini, 9 November 2025. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR, SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR DAN KETUA POLIS JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini, 5 November 2025. Hadir sama adalah YDH CP Datuk Ab Rahaman Arsad, Ketua Polis Johor. Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara dan isu-isu penting negeri termasuk perancangan ekonomi dan keselamatan disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor. Allah Peliharakan Sultan

Continue reading

YANG DI-PERTUAN AGONG DIBERI SAMBUTAN SEMPENA LAWATAN NEGARA KE ARAB SAUDI

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim diberikan sambutan negara di Istana Yamamah, Riyadh bersempena lawatan negara Seri Paduka Baginda ke Arab Saudi. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 1.30 tengah hari waktu tempatan Saudi (6.30 petang waktu Malaysia) disambut penuh mesra Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud. Lagu Negaraku dan lagu kebangsaan Arab Saudi dimainkan sebagai tanda penghormatan sebelum Seri Paduka Baginda dengan diiringi Putera Mohammed bin Salman berjalan masuk ke istana melintasi kawalan...

Continue reading

TITAH DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERHUBUNG KEPUTUSAN FIFA

FIFA terus menghukum para pemain dengan tidak menggunakan peruntukan sebenar undang-undang, sedangkan Artikel 22 dalam kod FIFA menyatakan bahawa hanya mereka yang memalsukan atau menggunakan dokumen palsu boleh dikenakan tindakan, dan perkara itu langsung tidak terpakai kepada para pemain. Dengan kata lain, hukuman yang dikenakan ini tidak berasaskan undang-undang dan kelihatan lebih bersifat ‘bermotif politik’ berbanding sebab yang sebenar. Ada yang memilih untuk menuding jari, ada yang memilih untuk membuat bising, tetapi saya memilih untuk berdiri dan menyokong perjuangan...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.