Baru-baru ini ada berita mengenai adik Adam di mana beliau menghidapi penyakit jantung terbalik. Saya telah menitahkan Setiausaha saya dan Pegawai Daerah Pontian untuk memenuhi hasrat adik Adam dan keluarganya untuk melawat Legoland. Saya juga akan menanggung sepenuhnya perbelanjaan lawatan ini dan juga perubatan adik Adam. Diharapkan ini dapat membawa sedikit keceriaan kepada adik Adam dan keluarga. Alhamdulillah kita jumpa nanti.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MAJLIS PERASMIAN MASJID SULTAN ISKANDAR, MERSING
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat hadir merasmikan Masjid Sultan Iskandar, Mersing, Johor pada 17 Disember 2021. Baginda turut menunaikan Solat Jumaat bersama rakyat. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA KASIH TUN
Saya amat berbesar hati kepada Tun Mahathir kerana turut mengatakan mengenai saya dalam buku terkini beliau berjudul, ‘Capturing Hope’.
Saya dididik dari kecil lagi untuk sentiasa menghormati semua agama dan juga rakyat berbilang kaum. Saya dan keluarga saya juga telah banyak memberi sumbangan kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, serta akan terus membantu kebajikan semua kaum.
Tetapi saya juga adalah seorang bangsa Melayu dan tidak lupa akan tugas saya untuk mempertahankan Agama Islam. Itulah sebab saya menentang Statut Rom dan ICERD.
Berkenaan isu Statut Rom dan...