Skip to main content

LAWATAN RAMAH MESRA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG PARIT RAJA DARAT, BATU PAHAT

Pada hari ini (6 Disember 2021), saya telah berangkat ke Kampung Parit Raja Darat, daerah Batu Pahat untuk mengadakan lawatan ramah mesra bersama para penduduk kampung. Program pertama telah diadakan dengan para golongan belia dari Batu Pahat di Rumah Makan Tok Dan. Seterusnya, saya telah mengadakan ziarah kasih ke rumah warga-warga kampung yang asnaf bagi menghulurkan bantuan kepada mereka. Semoga sumbangan saya dapat membantu meringankan beban mereka. Lawatan diteruskan dengan program Belia Sihat di Dewan Terbuka Hj. Sirat. Tidak lupa juga warga emas kampung dengan sesi sembang...

Continue reading

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MENERIMA MENGHADAP MENTERI LUAR NEGERI SINGAPURA

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YBhg. Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Luar Negeri Singapura yang juga melawat Ibu Pejabat JDT pada hari ini, 2 Disember 2021. Kerajaan Singapura telah menyumbangkan 100,000 dos vaksin Covid-19 kepada Johor sebagai sebahagian daripada hasil jalinan hubungan baik antara Johor dan Singapura. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

JOHOR KINI MERUPAKAN ANTARA NEGERI YANG MEMPUNYAI TAHAP KEMISKINAN YANG RENDAH

Berdasarkan data, Johor kini merupakan antara negeri yang mempunyai tahap kemiskinan yang rendah. Ini adalah hasil usaha pelbagai pihak termasuk Tuanku Sultan Johor, kerajaan negeri dan pihak swasta dalam memastikan supaya tiadanya Bangsa Johor yang menghadapi kebuluran. Namun begitu, lebih banyak perlu dilakukan, khususnya oleh Kerajaan, untuk membantu rakyat Johor kembali ke tahap kehidupan yang normal seperti zaman sebelum tercetusnya wabak Covid-19. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor Sumber:...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.