Skip to main content

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

YBhg Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Lawatan ini melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim Sri Medan Daerah Batu Pahat. Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK

Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Daerah Tangkak yang telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Tangkak, Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah. Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama. Bagi fasa ini, kurniaan diserahkan kepada golongan warga emas, pesakit kanser serta pesakit-pesakit kronik yang memerlukan rawatan berkala. Turut serta dalam penyerahan ini, Penolong...

Continue reading

KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Encik Zairul Adilla bin Haji Zani, Ketua Penolong Pegawai Daerah Mersing diiringi Penghulu Mukim Jemaluang dan ketua-ketua kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena Penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Jemaluang. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khususnya di Daerah Mersing.

Continue reading

KELUARGA DIRAJA JOHOR SUMBANG LEBIH RM123 JUTA SEPANJANG TEMPOH PANDEMIK COVID-19

YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor berkata sepanjang tempoh pandemik COVID-19 sahaja, Keluarga DiRaja Johor menyumbang lebih RM123 juta merangkumi pelbagai jenis sumbangan membantu seramai 1.6 juta Bangsa Johor mendepani cabaran sewaktu pandemik berkenaan. Datuk Onn Hafiz berkata, malah DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sanggup mengambil risiko dengan menitahkan pegawai-pegawai Istana Johor turun ke kelapangan bagi menghulurkan bantuan berupa kit dan peralatan kesihatan demi kesejahteraan rakyat. “Tidak cukup dengan itu, Keluarga DiRaja Johor...

Continue reading

ZIARAH KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA KELUARGA-KELUARGA TERMISKIN DI KAWASAN MUKIM PLENTONG DAN TEBRAU DAERAH JOHOR BAHRU

Pihak pentadbiran ini telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bertempat di Kawasan Mukim Plentong dan Tebrau daerah Johor Bahru. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), kehilangan pendapatan atas sebab pandemik ini dan sebagainya untuk meringankan beban dan kesusahan yang ditanggung.

Continue reading

ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang berusaha En Fairul Bin Surian, Ketua Penolong Pegawai Daerah Muar telah mewakili Pegawai Daerah Muar bagi menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada penerima yang terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan dan sakit terlantar dari Mukim Sg Raya, Mukim Panchor dan Mukim Pagoh. Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka.Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini adalah Penolong Pegawai Daerah Muar (Pembangunan Masyarakat), Pemangku Penghulu Tertinggi Daerah Muar, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.