Yang Berbahagia Tuan Haji Hasrin Kamal Bin Hashim, Pegawai Daerah telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada penerima yang terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan dan sakit terlantar dari Mukim Pt Bakar.
Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini adalah Pemangku Penghulu Tertinggi Daerah Muar, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung yang terlibat.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi, telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Mukim Johor Lama, Daerah Kota Tinggi.
Kurniaan ini merupakan Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dikalangan sakit kronik, OKU, uzur, sakit terlantar serta mereka yang berpendapatan rendah.
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
Encik Mohd Iskandar Bin Rahim, Penolong Pegawai Daerah selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan Julai Tahun 2023.
Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Bagan Daerah Batu Pahat.
Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik.
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
YBhg Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor
Lawatan ini melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim Sri Medan Daerah Batu Pahat.
Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Daerah Tangkak yang telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Tangkak, Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah.
Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama.
Bagi fasa ini, kurniaan diserahkan kepada golongan warga emas, pesakit kanser serta pesakit-pesakit kronik yang memerlukan rawatan berkala.
Turut serta dalam penyerahan ini, Penolong...
KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Encik Zairul Adilla bin Haji Zani, Ketua Penolong Pegawai Daerah Mersing diiringi Penghulu Mukim Jemaluang dan ketua-ketua kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena Penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Jemaluang.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khususnya di Daerah Mersing.