YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor berkata sepanjang tempoh pandemik COVID-19 sahaja, Keluarga DiRaja Johor menyumbang lebih RM123 juta merangkumi pelbagai jenis sumbangan membantu seramai 1.6 juta Bangsa Johor mendepani cabaran sewaktu pandemik berkenaan.
Datuk Onn Hafiz berkata, malah DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sanggup mengambil risiko dengan menitahkan pegawai-pegawai Istana Johor turun ke kelapangan bagi menghulurkan bantuan berupa kit dan peralatan kesihatan demi kesejahteraan rakyat.
“Tidak cukup dengan itu, Keluarga DiRaja Johor...
ZIARAH KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA KELUARGA-KELUARGA TERMISKIN DI KAWASAN MUKIM PLENTONG DAN TEBRAU DAERAH JOHOR BAHRU
Pihak pentadbiran ini telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bertempat di Kawasan Mukim Plentong dan Tebrau daerah Johor Bahru.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), kehilangan pendapatan atas sebab pandemik ini dan sebagainya untuk meringankan beban dan kesusahan yang ditanggung.
ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang berusaha En Fairul Bin Surian, Ketua Penolong Pegawai Daerah Muar telah mewakili Pegawai Daerah Muar bagi menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada penerima yang terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan dan sakit terlantar dari Mukim Sg Raya, Mukim Panchor dan Mukim Pagoh.
Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka.Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini adalah Penolong Pegawai Daerah Muar (Pembangunan Masyarakat), Pemangku Penghulu Tertinggi Daerah Muar, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung...
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
Ybhg. Tuan Haji Zainal Bin Eran, Pegawai Daerah Pontian berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota kepada beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di daerah Pontian.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.
Turut hadir Pegawai Baitulmal MAIJ Daerah Pontian, Pegawai JKM Pontian,...
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
Encik Mohd Iskandar Bin Rahim, Penolong Pegawai Daerah selaku wakil rasmi YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim Simpang Kiri, Mukim Sri Medan, daerah Batu Pahat.
Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Mukim Sedili Besar, Daerah Kota Tinggi.
Kurniaan ini merupakan Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dikalangan sakit kronik serta mereka yang berpendapatan rendah.