Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Muhammad Jafni Adli bin Ja’afar, Penolong Pegawai Daerah Mersing diiringi Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Penyabong.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor juga disampaikan kepada Pengerusi Surau Al-Amin FELDA Tenggaroh 7, Surau Al-Falah FELDA Tenggaroh Timur 1, dan Masjid An-Nur FELDA Tenggaroh 5. Turut serta dalam penyerahan kurniaan kepada beberapa masjid dan surau ini adalah Ustaz Zulfekri Bin...
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Daerah Tangkak yang telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Tangkak, Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah.
Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama.
Bagi fasa ini, kurniaan diserahkan kepada pesakit kanser serta pesakit-pesakit kronik yang memerlukan rawatan berkala.
Turut serta dalam penyerahan ini, Penolong Pegawai Daerah...
ZIARAH KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA KELUARGA-KELUARGA TERMISKIN DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (MBJB)
Pihak pentadbiran ini telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bertempat di kawasan pentadbiran MBJB.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), kehilangan pendapatan atas sebab pandemik ini dan sebagainya untuk meringankan beban dan kesusahan yang ditanggung.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi, telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Mukim Ulu Sungai Sedili Besar (USSB), Daerah Kota Tinggi.
Kurniaan ini merupakan inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dikalangan sakit kronik serta mereka yang berpendapatan rendah dan warga emas yang uzur.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Senai, Johor.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan tersebut adalah Penolong Pegawai Daerah (Fizikal),Penolong Pegawai Daerah(Pengurusan), Penghulu Mukim Senai dan Ketua Kampung Mukim Senai.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan...
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
YBhg. Tuan Haji Zainal Bin Eran, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Muhammad Iskandar Zulkarnain Bin Shamsul Bahar, Penolong Pegawai Daerah Pontian berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi daerah Pontian.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan...