Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Ybhg Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Mohd. Rafi bin Abdullah telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Renggam, daerah Kluang. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Pegawai PTD, YDP MDSR, Kadi Daerah, CADO, ADO, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir...

Continue reading

ZIARAH KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA KELUARGA-KELUARGA TERMISKIN DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)

Pihak pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bertempat di kawasan pentadbiran MBIP. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), kehilangan pendapatan atas sebab pandemik ini dan sebagainya untuk meringankan beban dan kesusahan yang ditanggung.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT

Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Segamat. Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan dari Mukim Gemereh & Jementah. Turut serta bersama dalam penyerahan kurniaan ini ialah En. Muhammad Hafizuddin bin Abd Jalal; Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat), Tok Nur Shah Afendi bin Asmun; Penghulu Mukim Gemereh, Tok Mohd Sahrul bin Sidek; Penghulu Mukim...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Fasa 1 bulan Mei 2023 telah disempurnakan oleh Puan Noor Nabilah binti Masnawi, Penolong Pegawai Daerah, wakil rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi bertempat di Mukim Pengerang, Daerah Kota Tinggi. Kurniaan ini merupakan Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dikalangan keluarga yang daif, golongan asnaf Orang Kurang Upaya (OKU) juga individu daripada pelbagai bangsa dan agama yang memerlukan.

Continue reading

KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH MERSING

Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Zairul Adilla bin Haji Zani, Ketua Penolong Pegawai Daerah Mersing bersama-sama Encik Muhammad Jafni Adli bin Ja’afar, Penolong Pegawai Daerah Mersing diiringi Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Padang Endau, Mukim Tenggaroh dan Mukim Penyabong. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor juga disampaikan kepada Pengerusi Masjid Kampung Air Puteri, Surau Kg. Teluk Iskandar dan Surau Taman Pantai. Turut serta...

Continue reading

ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Hasrin Kamal B Hashim, Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor bagi Mukim Pt Jawa dan Sri Menanti. Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan dan sakit terlantar.Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.