Skip to main content

ZIARAH KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA KELUARGA-KELUARGA TERMISKIN DI MUKIM BANDAR, TEBRAU DAN PLENTONG DAERAH JOHOR BAHRU

Pejabat Daerah Johor Bahru bersama-sama Pegawai Yayasan MBJB, MBPG, Penghulu Tinggi, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor di sekitar kawasan PBT MBJB, MBPG dan mukim-mukim di daerah Johor Bahru. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), kehilangan pendapatan, pesakit...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

Yang Berbahagia Pegawai Daerah Batu Pahat, Tuan Haji Nasri Bin Md Ali telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi daerah Batu Pahat. Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Sri Medan dan Mukim Sri medan Parit Sulung, Batu Pahat. Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KOTA TINGGI

Encik Mohd Farhan bin Kasmunee, Ketua Penolong Pegawai Daerah wakil rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di Kampung Sg Sembilang, Kampung Panchur, Kampung Johor Lama dan Kampung Teluk Sengat, mukim Johor Lama Daerah Kota Tinggi. Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT

Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Ogos Fasa 2 dan 3 telah disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Segamat. Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan terdiri daripada keluarga asnaf dan dhaif, pesakit kronik, golongan B40 yang kehilangan sumber pendapatan, mangsa bencana dan lain-lain keperluan bagi meringankan beban yang dihadapi. Penerima-penerima ini telah dicadangkan dan dikenal pasti oleh Penghulu...

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN ISMAIL, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTINA

Ybhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, En. Roslan Bin Bokari, Penghulu Kanan berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada 3 Buah Keluarga Bagi Yang Kurang Bernasib Baik Di sekitar Daerah Pontian Khususnya Di Mukim Pontian. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

Pada hari ini, Yang Berbahagia Pegawai Daerah Batu Tuan Haji Nasri Bin Md Ali. telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan Ogos fasa 2 Tahun 2022 . Lawatan pada hari ini melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim Cha’ah Bharu Daerah Batu Pahat  Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.