Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Ulu Benut dan Machap, Daerah Kluang. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Encik Mohd. Faiz bin Mohd. Salleh, (Ketua Penolong Pegawai Daerah), Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Kanan, Penghulu Mukim dan ketua kampung.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK

Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Mukim Serom, Kesang dan Kundang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak. Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan. Bagi fasa ini, penerima adalah daripada golongan warga emas, ahli isi rumah OKU, pesakit darah tinggi, kencing manis serta masalah jantung. Turut serta dalam penyerahan ini,...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa satu bulan Mei 2022 kepada beberapa keluarga di Mukim Bukit Batu dan Mukim Senai. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah En Fadil Misnan, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) Bukit Batu; Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai, Penghulu Kanan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.

Continue reading

ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH : PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa buah keluarga di Mukim Lenga dan Bukit Kepong. Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan yang memerlukan dan kurang berkemampuan di samping dapat meringankan beban mereka.

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN

YBhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Muhammad Iskandar Zulkarnain Bin Shamsul Bahar, Penolong Pegawai Daerah Pontian berkesempatan menyampaikan sumbangan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada 5 buah keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar daerah Pontian khususnya di Mukim Serkat. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

YBhg. Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin sempena penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor. Lawatan tersebut melibatkan beberapa buah rumah penerima di Mukim Linau. Program lawatan ziarah seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika menghadapi pandemik Covid-19. Ia akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa. ...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.