Encik Mohd Iskandar bin Rahim, Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan program ziarah prihatin sempena penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor.
Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Tanjung Sembrong, Batu Pahat.
Program lawatan ziarah prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika menghadapi pandemik Covid-19. Ia akan...
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
YBhg. Tuan Haji Nasri Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor.
Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Sri Medan, Parit Sulung dan Mukim Simpang Kiri, daerah Batu Pahat.
Program lawatan ziarah prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika menghadapi pandemik Covid-19. Ia akan diteruskan sepanjang...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor di Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah inisiatif berterusan yang membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.
Antara keluarga-keluarga penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah terdiri daripada berbilang...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Dua Bulan Mei 2022 kepada beberapa keluarga di Mukim Sedenak.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penghulu Mukim Sedenak dan Ketua Kampung Ayer Manis.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan dan terjejas akibat wabak pandemik Covid-19.
ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH : PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BULAN MEI FASA 2 TAHUN 2022
Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar mengadakan lawatan dan ziarah kasih ke Mukim Pagoh, Lenga dan Bukit Kepong bagi menyerahkan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan masjid/surau diperkampungan orang asli.
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor serta sesi lawatan dan tinjauan kebakaran oleh Tuan Pegawai Daerah Tangkak.
Kediaman Encik Omar Bin Ibrahim telah terlibat dalam kebakaran pada jam 8:30 pagi di Kampung Sialang Dalam, Tangkak. Punca kebakaran masih didalam siasatan pihak Bomba. Hampir 50% bahagian dapur rumah mangsa hangus dijilat api serta tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Mangsa yang merupakan peserta e-kasih berstatus miskin di Daerah Tangkak telah menerima bantuan tunai melalui kurniaan Tunku Mahkota Johor.
Semoga Encik Omar tabah menghadapi ujian dan cabaran...