Skip to main content

ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Ziarah Kasih YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar ke Mukim Bandar bagi menyempurnakan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat berjiwa besar kepada bangsa Johor yang serba kekurangan. Pegawai Daerah Muar menyantuni Encik Rahman Bin Ruhiat yang mengalami kanser dan strok. Beliau mempunyai tanggungan seramai 5 org anak. Keadaan beliau terlantar dan dijaga oleh isteri dan anak-anak. Penerima yang kedua Puan Achel Binti Shukor, yang menetap di Jalan Daud Muar. Beliau merupakan ibu tunggal dan...

Continue reading

KURNIAAN DYMM PERMAISURI JOHOR SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DAERAH MUAR

YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar mengadakan lawatan dan menyerahkan kurniaan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor kepada keluarga e kasih dan warga emas berbangsa cina di sekitar Mukim Bukit Kepong, Lenga dan Panchor sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba ini. Atas keprihatinan DYMM Tuanku Permaisuri Johor, kurniaan wang tunai dan barang keperluan asas ini adalah bagi membantu mengurangkan beban mereka yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK

Tuan Haji Mohammed Shakib Bin Haji Ali selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan dan menyampaikan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Mukim Grisek. Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima dari kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan dari segi agama dan bangsa. Bagi fasa ini, penerima adalah dari kalangan penghidap strok, darah tinggi, OKU (masalah pembelajaran) serta masalah buah pinggang yang memerlukan rawatan berkala. Turut serta dalam...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang dan Kahang, Daerah Kluang. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Penghulu Mukim Kluang dan Kahang serta ketua kampung. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti...

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN DISEMBER 2021 DAERAH PONTIAN

Ybhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Mohd Zulhafiz Bin Md Salih, Penolong Pegawai Daerah Pontian berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYMM Tunku Mahkota Johor Kepada 3 Buah Keluarga Yang Kurang Bernasib Baik Di sekitar Daerah Pontian Khususnya Di Mukim Benut. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah) yang turut menyerahkan kurniaan di mukim Machap serta Renggam bersama-sama Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Kluang, Machap dan Renggam. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.