Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang memerlukan di Mukim Padang Endau Bagi Bulan Disember (Fasa 1) Tahun 2021
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah ialah Encik Muhammad Alif Bin Abdul Fa’tas, Penolong Pegawai Daerah Mersing Tuan Haji Hefnee Bin Md. Noor, Penghulu Kanan Daerah Mersing, Pejabat Kadi Daerah Mersing, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Daerah Mersing, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Mersing dan Penghulu Mukim.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota...
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN NOVEMBER 2021 FASA 6 DAERAH PONTIAN
Ybhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Mohd Zulhafiz Bin Md Salih, Penolong Pegawai Daerah Pontian berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYMM Tunku Mahkota Johor Kepada 10 Buah Keluarga Yang Kurang Bernasib Baik Di sekitar Daerah Pontian Khususnya Di Mukim Serkat dan Mukim Ayer Masin.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta...
ZIARAH KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 1 BULAN DISEMBER 2021 KEPADA KELUARGA-KELUARGA TERMISKIN DI MUKIM BANDAR DAN MUKIM TEBRAU DAERAH JOHOR BAHRU
Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru diiringi Penghulu Tinggi, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 1 Bulan Disember 2021 bertempat di Mukim Bandar dan Mukim Tebrau daerah Johor Bahru.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan. Antara penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah:-
1- Pesakit angin ahmar semenjak 2017 dan tiada punca pendapatan.
2- Pesakit...
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK
Tuan Haji Mohammed Shakib Bin Haji Ali selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan dan menyampaikan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Mukim Serom.
Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima dari kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan dari segi agama dan bangsa.
Bagi fasa ini, penerima adalah dari kalangan warga emas yang telah uzur, menghidap penyakit darah tinggi, masalah kulit serta masalah buah pinggang yang memerlukan rawatan berkala.
Turut...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 1 bagi bulan Disember 2021 bertempat di Mukim Johor Lama, Daerah Kota Tinggi.
Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.
Antara keluarga-keluarga penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah...
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN DISEMBER FASA 1 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT
Pada hari ini Tuan Haji Ahmad Nazri bin Rebu, Ketua Penolong Pegawai Daerah selaku wakil rasmi YBhg. Tuan Pegawai Daerah Batu Pahat menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Disember Fasa 1 Tahun 2021. Penyerahan melibatkan sebuah keluarga di Mukim Tanjung Sembrong dan beberapa buah keluarga di Mukim Chaah Bahru.
Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah; Ketua Penghulu; Penghulu Mukim Tanjung Sembrong dan Chaah Bahru; Pegawai Perkampungan Cina serta Ketua Kampung terlibat.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif...