Pengagihan daging lembu kurniaan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada golongan asnaf dan fakir miskin sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda telah disempurnakan oleh YBhg Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama semua Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor daerah Kota Tinggi yang dijalankan serentak di semua mukim daerah Kota Tinggi.
Pengagihan ini turut dibantu oleh penghulu-penghulu mukim bagi melicinkan agihan serta memastikan kurniaan ini sampai kepada golongan sasaran.
Kurniaan daging lembu kepada golongan yang...
YAYASAN JDT MENYUMBANG KE TABUNG BENCANA NEGERI JOHOR
Yayasan JDT melalui program YJDT-H.E.R.O telah menyumbang sebanyak RM30,000.00 kepada Tabung Bencana Negeri Johor bagi membantu meringankan beban mereka yang terkesan ekoran penularan pandemik COVID-19.
Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor oleh YB Dato’ Haji Ismail Karim – Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim Sdn Bhd merangkap Pemegang Amanah Yayasan JDT.
Turut menyerahkan sumbangan adalah Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) berjumlah RM200,000.00.
PROGRAM SOUTHERN VOLUNTEERS LOCKDOWN ACTION (BAKUL MAKANAN) DAERAH KULAI
Menjunjung Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor
Penyerahan bakul makanan kepada penduduk sekitar Kulai yang terjejas akibat pandemik Covid19 telah dibantu oleh beberapa orang Sukarelawan Southern Volunteers Kulai.
Semoga semua sukarelawan dan Petugas Barisan Hadapan dilindungi dari segala wabak penyakit terutama Virus Covid19.. Terima Kasih atas bakti yang kalian curahkan.
KEMPEN JOM DAFTAR VAKSIN SOUTHERN VOLUNTEERS DAN MAJLIS PERBANDARAN KLUANG
Menjunjung Kasih DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Tuan Haji Jamaludin Bin A. Hamid, Pegawai Daerah Kluang dan Puan Norliyati Binti Md Nor, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kluang merangkap Pengerusi Southern Volunteers MPK telah mengadakan program outreach di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kluang bagi memantau aktiviti-aktiviti sukarelawan Southern Volunteers MPK dan pemimpin-pemimpin tempatan dalam pelaksanaan gerak kerja kempen Jom Daftar Vaksin yang diadakan bermula 19 Jun 2021 sehingga 23 Julai 2021 di seluruh kawasan...
SOUTHERN VOLUNTEERS MEMBANTU PELAKSANAAN PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (UNIT VAKSINASI BERGERAK) DAERAH BATU PAHAT
Unit Vaksinasi Bergerak di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Daerah Batu Pahat di Sekolah Kebangsaan Seri Perpat, Mukim Sungai Punggor, Rengit dilaksanakan dengan penglibatan petugas sukarelawan yang terdiri daripada ahli Southern Volunteers yang telah sama-sama menyumbang tenaga dalam membantu pelaksanaannya.
Pada kali ini, Pusat Pemberian Vaksin Bergerak tersebut menerima kehadiran masyarakat yang terdiri daripada warga emas berumur 60 tahun ke atas, individu yang menghidapi penyakit kronik serta Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan...
PROGRAM PENDAFTARAN VAKSINASI COVID-19 SOUTHERN VOLUNTEERS
Menjunjung Kasih DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Hari pertama proses Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Southern Volunteers Daerah Muar mencapai 1238 Pendaftaran, walaubagaimana proses pendaftaran ini telah dimulakan dari peringkat awal lagi melalui SV PBT Majlis Perbandaran Muar secara berterusan sehingga sekarang.
Kepada yang belum melakukan pendaftaran vaksin, dan sukar untuk anda lakukan, anda boleh berhubung melalui Penghulu dan ketua kampung atau berhubung dengan kami melalui email southernvolunteers.muar@gmail.com
Tahniah dan Terima...