Skip to main content

Pengarang: admin

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR

Tuan Haji Mohammed Shakib Bin Haji Ali selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan & penyerahan kurniaan DYAM TMJ kepada 6 keluarga yang kurang bernasib baik di Mukim Kesang & Mukim Kundang. Turut serta dalam penyerahan ini, Puan Nurakmal Binti Abdullah, Pegawai Pertanian Daerah Tangkak, Encik Mohd Nazef Mubaraq Bin Kamarudin, Penolong Pegawai Daerah Tangkak, Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung serta warga kerja Pejabat Daerah Tangkak. Semoga pemberian ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASJID / SURAU DI DAERAH TANGKAK

Tuan Haji Mohammed Shakib Bin Haji Ali selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan & penyerahan kurniaan DYAM TMJ kepada 3 buah surau di Mukim Serom. Tersebut adalah surau-suraunya: 1. Surau An Nur, Parit Pelampong 2. Surau An Nur, Batu 8 Bukit Kangkar 3. Surau Al Mubaraq, Pulau Penarik Tuan Pegawai Daerah menyerahkan kurniaan kepada ketiga-tiga pengerusi surau tersebut. Turut serta dalam penyerahan ini, As Syeikh Haji Adam Bin Ibrahim, Tuan Kadi Daerah Tangkak, Penolong Pegawai Daerah Tangkak, Penghulu Mukim Serom, Ketua kampung serta Kariah-kariah...

Continue reading

SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020

Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada para atlet kebangsaan yang akan bertanding di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari 23 Julai hingga 8 Ogos nanti. Seramai 30 orang atlet negara bakal bertanding dalam 27 acara yang melibatkan 10 jenis sukan. Saya yakin atlet-atlet kita mampu berdaya saing dengan para atlet negara lain di persada dunia untuk mencapai kecemerlangan. Tahniah juga saya ucapkan kepada YB Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan atas usaha beliau dalam memastikan kontinjen negara dapat pergi ke Olimpik Tokyo kali ini walaupun berdepan cabaran...

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM,TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN JULAI 2021 FASA 1 DAERAH PONTIAN.

Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian Mengadakan Lawatan Ziarah Kasih Kepada 6 Buah Keluarga Yang Kurang Bernasib Baik Serta 1 Masjid Dan 2 Surau Di sekitar Daerah Pontian. Tuan Pegawai Daerah Pontian Juga Berkesempatan Menyampaikan Kurniaan Daripada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor Kepada Setiap Keluarga Serta Masjid Dan Surau Tersebut Bagi Bulan Julai 2021 Serta Menyampaikan Bungkusan Sumbangan Berupa Barangan Keperluan Asas.Semoga Kurniaan Sumbangan Ini Juga Dapat Meringankan Beban Keluarga Dan Masyarkat Di...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada enam keluarga di Mukim Bukit Batu dan Mukim Sedenak, petang tadi. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Datuk Hj Mohd Jafni Bin Md Shukor, Penyelaras DUN Bukit Batu; Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA ENAM KELUARGA DI DAERAH MERSING

YBhg. Pegawai Daerah Mersing, Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada tiga keluarga pesakit kronik di Mukim Padang Endau dan tiga keluarga pesakit kronik juga di Mukim Mersing bagi bulan Julai, Fasa 1, tahun 2021. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah En. Mohammad Alif Bin Abdul Fa’tas, Penolong Pegawai Daerah Mersing, Majlis Daerah Mersing, Pejabat Kadi Mersing, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Mersing, Majlis Agama Islam Johor, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim, dan Penghulu-Penghulu Mukim.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.