Pengarang: admin
Sekitar Program Pendaftaran Vaksinasi Bangsa Johor pada 8-10 Julai 2021 yang dilaksanakan oleh pejabat-pejabat daerah negeri Johor dengan kerjasama Southern Volunteers. Mereka telah menghulurkan bantuan kepada penduduk di kawasan luar bandar bagi mendaftar untuk vaksin dalam usaha mencapai sasaran jumlah pendaftaran.
Selain daripada pendaftaran vaksin, bantuan sumbangan dan makanan juga disampaikan kepada Bangsa Johor. Semoga tugasan para petugas barisan hadapan dan sukarelawan dipermudahkan.
BEKALAN VAKSIN DI JOHOR
Saya ingin berkongsi dengan Bangsa Johor bahawa 1.293 juta dos vaksin akan tiba pada Julai 2021 melalui Program Imunisasi Covid-19 Nasional (PICK). 1.293 juta dos ini terdiri daripada 583 ribu vaksin Pfizer, 637 ribu vaksin Sinovac dan 73 ribu vaksin AstraZeneca.
Dos vaksin ini akan tiba :
Minggu pertama Julai – 51,100 dos
Minggu 5 Julai – 178,540 dos
Minggu 12 Julai – 278,132 dos
Minggu 19 Julai – 394,620 dos
Minggu 26 Julai – 390,900 dos
Saya akan turut serta untuk penerimaan vaksin dan memastikan ianya diberikan kepada semua Bangsa...
TAHNIAH SOUTHERN VOLUNTEERS
Syukur Alhamdulillah, sejak dua minggu lepas, 284,496 orang telah berjaya didaftarkan oleh Southern Volunteers bagi tujuan Pendaftaran Vaksin.
Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak termasuklah Southern Volunteers yang turun padang dan bekerjasama untuk membantu rakyat.
Secara keseluruhan 80% daripada rakyat Johor telah mendaftar untuk vaksinasi. Saya berharap kita dapat mencapai tahap 85% pada akhir bulan ini.
Saya yakin dengan usaha dan muafakat semua pihak khususnya, Pegawai Daerah, Datuk Bandar, Yang Di-Pertua Pihak Berkuasa Tempatan, Pemimpin Masyarakat,...
SOUTHERN VOLUNTEERS DAN PEJABAT DAERAH BERGANDING BAHU MEMBANTU BANGSA JOHOR
Usaha pendaftaran vaksinasi Covid-19 untuk Bangsa Johor diteruskan lagi oleh pejabat-pejabat daerah negeri Johor dengan bantuan oleh Southern Volunteers pada 7 Julai 2021. Pendaftaran adalah langkah pertama dalam memastikan Johor mencapai imuniti kelompok. Semoga usaha pendaftaran vaksinasi Covid-19 serta bantuan sumbangan dan makanan dapat membantu Bangsa Johor.
SOUTHERN VOLUNTEERS DAN PEJABAT DAERAH BERGANDING BAHU MEMBANTU BANGSA JOHOR
Southern Volunteers terus bekerjasama dengan pejabat-pejabat daerah negeri Johor bagi membantu Bangsa Johor pada 5 & 6 Julai 2021. Mereka berganding bahu membantu dalam Proses Pendaftaran Vaksinasi demi menjayakan hasrat sasaran pendaftaran iaitu sekurang-sekurangnya 80% Bangsa Johor telah berdaftar menjelang akhir bulan ini. Seramai 234,867 Bangsa Johor telah didaftarkan oleh Southern Volunteers sejak program ini dimulakan pada 19 Jun.
BINA RUMAH UNTUK GELANDANGAN
Menerusi laporan baru-baru ini, terdapat lebih 500 orang Yang kini hidup gelandangan di Johor Bahru. Saya menitahkan agar pembinaan Pusat Transit Gelandangan di Johor Bahru dipercepatkan supaya mereka yang hidup gelandangan ini dapat tempat tinggal yang lebih selesa dan bantuan dari segi makanan dan kesihatan dapat disampaikan kepada mereka.
Dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, mereka yang hidup gelandangan ini adalah antara golongan yang paling terdedah kepada jangkitan virus Covid-19 kerana mereka terpaksa tinggal di tepi-tepi jalan atau di tempat awam.
Saya juga menitahkan agar...