Skip to main content

Pengarang: admin

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA DUA BUAH MASJID DAN SEBUAH SURAU DI DAERAH MERSING

YBhg. Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Pihak Jawatankuasa Masjid dan Surau yang terlibat seperti berikut: 1) Masjid Kampung. Baru Air Tawar 2) Masjid Kampung Simpang Penyabong 3) Surau Kampung Semaloi Turut serta dalam sesi penyerahan tersebut, As-Syeikh Tuan Haji Khairudin Bin Salimin, Kadi Daerah Mersing, En. Mohammad Alif Bin Abdul Fa’tas, Penolong Pegawai Daerah Mersing, dan Penghulu-Penghulu Mukim yang terlibat. Semoga kurniaan sumbangan ini menjadi sumber pembangunan...

Continue reading

LAWATAN KE PUSAT PENYIMPANAN VAKSIN, HOSPITAL PERMAI JOHOR BAHRU

Saya telah melawat Pusat Penyimpanan Vaksin di Hospital Permai, Johor Bahru pada hari ini (Rabu, 14 Julai 2021) untuk memeriksa proses pengedaran vaksin Covid-19 ke pusat-pusat pemberian vaksin (PPV) di Johor. Saya juga telah mengadakan perbincangan dengan YB Vidyananthan A/L Ramanadhan, EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan, dan YB Dato’ Haji Mohd Noh bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor. Saya telah menitahkan agar program vaksinasi di semua daerah di Johor diberi keutamaan supaya imuniti kelompok boleh dicapai...

Continue reading

NASIHAT KEPADA SEMUA AHLI POLITIK

Saya ingin memberi pandangan dan nasihat yang ikhlas kepada semua ahli politik di Johor ataupun mana-mana. Anda harus memberikan keutamaan kepada krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang kini berada di tahap yang amat membimbangkan. Sekarang bukan masa untuk berpolitik. Anda semua dipilih oleh rakyat untuk berkhidmat demi rakyat dan negara. Tolonglah berikan tumpuan untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan cuba sedaya boleh untuk memerangi pandemik ini. Ketepikan segala perbezaan politik, lakukan gencatan politik buat sementara ini dan berikan tumpuan sepenuhnya...

Continue reading

INISIATIF MEMBANTU BANGSA JOHOR MENCARI SUMBER PENDAPATAN

Saya telah berbincang dengan YAB Menteri Besar dan kerajaan negeri Johor untuk terus melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti ini untuk membantu Bangsa Johor mengembangkan kemahiran dan mempelajari pengetahuan baru. Kita perlu menolong rakyat yang hilang pekerjaan untuk mencari sumber pendapatan baru dan memberi latihan asas didalam sektor industri berlainan yang masih aktif serta meningkatkan kebolehkerjaan masa depan mereka. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

JEJAK KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 1 BULAN JULAI DAERAH KOTA TINGGI

YBhg Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 1 bulan Julai kepada keluarga 6 termiskin bertempat di Mukim Johor Lama dan Mukim Tanjung Surat daerah Kota Tinggi. Turut hadir, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Tinggi serta sukarelawan daripada Southern Volunteers. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu meringankan beban dan kesusahan hidup yang terpaksa dihadapi oleh golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, Orang...

Continue reading

ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DAERAH MUAR

Ziarah Kasih YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar ke Mukim Bukit Kepong, Lenga, Pagoh, Sungai Raya, Sungai Balang dan Bandar 1 bagi menyempurnakan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat berjiwa besar kepada bangsa Johor yang serba kekurangan. Pegawai Daerah menyerahkan Kurniaan RM1,000 oleh DYAM Tunku Mahkota Johor kepada setiap penerima tersebut bagi keperluan dikala terjejas akibat pandemik Covid-19. Kurniaan ini menunjukkan keprihatinan tinggi DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Bangsa...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.