Pengarang: admin
Hari ini saya telah menerima sebanyak 100,000 kit ujian kendiri antigen Covid-19. Kit ujian ini akan diagihkan ke seluruh Johor bagi meningkatkan kapasiti saringan supaya pengesanan jangkitan Covid-19 lebih efektif dapat dijalankan dan kes positif dapat dikesan.
Kit ujian kendiri ini akan membantu dalam usaha mengawal penularan wabak Covid-19 dan mengenal pasti tempat-tempat hotspot. Kita perlu meningkatkan lagi ‘Test, Trace and Vaccinate’ jika imuniti kelompok ingin dicapai secepat mungkin.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PERTINGKATKAN LAGI KADAR VAKSINASI DI JOHOR
Saya benar-benar memahami tentang rungutan rakyat Johor mengenai kadar vaksinasi di negeri ini yang perlahan. Ia perlu segera dipercepatkan untuk memastikan kita dapat mencapai imuniti kelompok dan membolehkan ekonomi Johor kembali pulih dengan cepat.
Saya telah diberitahu oleh YB Khairy Jamaluddin dan pegawai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bahawa Johor telah menerima 165,000 dos vaksin pada hari ini untuk menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 695,370 dos untuk bulan Julai. Johor sepatutnya menerima 1.293 juta dos untuk bulan Julai tetapi terdapat kelewatan dari Pfizer dan...
SUMBANGAN KEPADA MANGSA BENCANA RIBUT DI TANJUNG SEDILI
Saya mengambil maklum mengenai bencana ribut yang berlaku semalam di sekitar Tanjung Sedili. Rasa dukacita apabila diberitahu betapa teruknya kerosakan yang dialami di kawasan perkampungan dimana seramai 291 buah rumah tangga terjejas akibat kejadian ini.
Saya telah memberi sumbangan peribadi untuk agihan segera kepada kesemua 291 keluarga yang terjejas akibat ribut ini. Saya juga dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Johor telah menyediakan Pusat Pemindahan Sementara bagi mereka yang terjejas dan menghulurkan bantuan dalam bentuk bakul makanan dan sumbangan untuk membaiki bumbung rumah...
SOUTHERN VOLUNTEERS DIGERAKKAN MEMBANTU MANGSA RIBUT DI TANJUNG SEDILI
DYAM Tunku Mahkota Johor telah menitahkan supaya Southern Volunteers digerakkan untuk membantu masyarakat Sedili yang diuji dengan bencana ribut semalam.Dianggarkan sebanyak 140 buah rumah mengalami kerosakan akibat ribut dan hujan pada petang jumaat semalam.
Southern Volunteers Kota Tinggi melalui YDP Kota Tinggi, Encik Mohd Fahmy bin Yahya sudah pun mula bergerak untuk membantu penduduk yang terjejas dengan kerjasama semua pihak.
Semoga penduduk Sedili tabah menghadapi ujian tatkala kita semua masih berperang dengan Covid-19.
KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASJID JAMEK KG. PANCA JAYA, MUKIM BEKOK, DAERAH SEGAMAT
Penyampaian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat. Turut serta adalah Pentadbir Tanah Daerah, Kadi Daerah, Yang DiPertua Majlis Daerah Labis dan Pegawai JCS Labis.
Masjid Jamek Kg. Panca Jaya, terletak di Mukim Buloh Bekok , dan jarak ke pusat bandar Segamat dianggarkan sejauh 50km.
Penyerahan telah disempurnakan pada hari Jumaat yang penuh keberkatan.Sesungguhnya kurniaan ini mencerminkan keprihatinan serta kasih dan sayang DYAM Tunku Mahkota kepada bangsa Johor khususnya di daerah Segamat.
Menjunjung Kasih Tunku.
PENGAGIHAN KURNIAAN DAGING KORBAN KEPADA GOLONGAN ASNAF DAN FAKIR MISKIN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 1442H
Pengagihan daging korban sempena Hari Raya Aidiladha 1442 Hijrah kurniaan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada golongan yang kurang bernasib baik, asnaf dan fakir miskin telah dilaksanakan melalui pejabat-pejabat daerah negeri Johor. Penyerahan agihan kurniaan tersebut disempurnakan oleh para pegawai daerah, penghulu mukim serta ketua kampung masing-masing.