Skip to main content

Pengarang: admin

ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 3 JULAI DAERAH MUAR

Ziarah Kasih YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar ke Mukim Panchor dan Sungai Raya bagi menyempurnakan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat berjiwa besar kepada bangsa Johor yang serba kekurangan. Kurniaan ini menunjukkan keprihatinan tinggi DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Bangsa Johor yang terkesan untuk terus bangkit dalam mendepani pasca Covid19.

Continue reading

KESIHATAN DAN KESELAMATAN RAKYAT MESTI SENTIASA DIUTAMAKAN

Kadar vaksinasi di Johor kini adalah sebanyak 50 ribu dos sehari. Walaubagaimanapun, kadar jangkitan Covid-19 di Johor kini berada di tahap yang amat membimbangkan. Memandangkan situasi ini, saya berpendapat bahawa kadar vaksinasi perlu dipertingkatkan lagi sehingga 70 ribu dos sehari secepat mungkin. Saya juga ingin mencadangkan supaya Operation Surge Capacity turut dilaksanakan di Johor. Saya menyeru kepada kerajaan untuk meningkatkan lagi bekalan vaksin kepada Johor supaya kadar vaksinasi dapat dipertingkatkan supaya imuniti kelompok boleh dicapai lebih awal. Dengan varian Delta yang...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Dua Bulan Julai 2021 kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai dan Mukim Senai, petang semalam. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penolong Pegawai Daerah Kulai, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai dan Penghulu-Penghulu Mukim. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi...

Continue reading

JEJAK KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 2 BULAN JULAI DAERAH KOTA TINGGI

YBhg Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 2 bulan Julai bertempat di Mukim Pantai Timur dan Mukim Pengerang daerah Kota Tinggi. Turut mengiringi, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Tinggi.Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin, ibu...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASJID AL-EHSAN, MUKIM SEDENAK, DAERAH KULAI

YBhg. Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai selaku Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan Surau Daerah Kulai hari ini telah menyerahkan kurniaan wang tunai daripada DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Pengerusi Masjid Al-Ehsan, Taman Wawasan, Tuan Haji Basiron bin Saimon, pada hari Jumaat lalu. Turut serta dalam penyerahan ini ialah Kadi Daerah Kulai, As Syeikh Tuan Haji Amir Bin Mohd Noor; Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelaras DUN (JKPD) Bukit Batu, YBhg Datuk Mohd Jafni Md Shukor; Penghulu Mukim Sedenak, Tuan Haji Hamdan Bin Yahya; Imam Daerah Kulai, Ustaz Zulfekri Bin Abdullah;...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.