Pengarang: admin
Sekitar program Southern Volunteers bersama pejabat-pejabat daerah negeri Johor pada 19-21 Julai 2021 dalam tugasan mereka membantu mempermudahkan usaha pendaftaran vaksinasi Covid-19 serta menyampaikan bantuan sumbangan dan makanan kepada Bangsa Johor.
Proses Pendaftaran Vaksinasi Bangsa Johor adalah langkah penting dalam memastikan Johor mencapai imuniti kelompok. Semoga tugasan para petugas barisan hadapan dan sukarelawan terus dipermudahkan.
PROGRAM ZIARAH KASIH SEMPENA SUMBANGAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN JULAI FASA 1 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT
Tuan Haji Ahmad Nazri bin Rebu, Ketua Penolong Pegawai Daerah mewakili Tuan Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Kasih Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Julai Fasa 1 Tahun 2021 yang melibatkan (2) keluarga di Mukim Sungai Punggor, (2) keluarga di Mukim Kampung Bahru, (1) keluarga di Jalan Minyak Beku, dan (1) keluarga di Taman Soga.
Turut hadir, Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat; wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat; Penolong Pegawai Daerah; Penghulu-Penghulu Mukim; Pegawai Perhubungan Masyarakat India;...
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna dan dirahmati, sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan.
Saya doakan agar anda dan keluarga kekal selamat dalam menyambut Hari Raya Aidiladha tidak kira di mana anda berada. Saya turut berdoa agar kehidupan kita kembali sediakala seperti dahulu secepat mungkin. Insya Allah.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
SOUTHERN VOLUNTEERS & PEJABAT-PEJABAT DAERAH MEMBERI BANTUAN & MENDAFTAR HAMPIR 450 RIBU BANGSA JOHOR DALAM TEMPOH 30 HARI
Program Pendaftaran Vaksinasi Bangsa Johor yang dilaksanakan oleh pejabat-pejabat daerah negeri Johor dengan kerjasama Southern Volunteers telah merekodkan 440,569 jumlah pendaftaran selepas 30 hari untuk meningkat kadar pendaftaran ke hampir 90% dari populasi dewasa di Johor.
Selain membantu pendaftaran vaksin kepada penduduk di kawasan luar bandar, bantuan sumbangan dan makanan juga disampaikan kepada Bangsa Johor di segenap daerah.
PROGRAM ZIARAH SEMPENA SUMBANGAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN JULAI FASA 1 TAHUN 2021 DAERAH JOHOR BAHRU
Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru telah menyempurnakan penyerahan kurniaan kepada keenam-enam penama.
Beliau turut diiringi pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Penghulu Tinggi dan Pegawai Perhubungan Masyarakat India daerah Johor Bahru, En. P Saravanan.
SYABAS DAN TERIMA KASIH BANGSA JOHOR
Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada rakyat Johor dan semua pihak yang terlibat dalam usaha pendaftaran vaksin Covid-19 yang kini sudah mencecah kadar 86.5% termasuk pejabat-pejabat daerah, agensi-agensi kerajaan negeri dan Southern Volunteers yang digerakkan sebulan yang lepas.
Sebanyak 2,346,163 Bangsa Johor sudah mendaftar untuk penerimaan vaksin setakat Ahad, 18 Julai 2021. Saya menyeru mereka yang belum mendaftar untuk melakukan pendaftaran secepat mungkin supaya kesejahteraan rakyat terjamin dengan imuniti kelompok dan pemulihan ekonomi Johor juga dapat bermula.
DYAM...