Pengarang: admin
YBhg Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan baginda kepada penduduk-penduduk di Mukim Kulai, Mukim Senai, Mukim Sedenak dan Mukim Bukit Batu.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang daif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.
Menjunjung...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT
Alhamdulillah, salam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bersempena Hari Ulangtahun Keputeraan baginda telah disempurnakan penyerahannya kepada penduduk-penduduk di Mukim- Mukim dalam daerah Segamat, melibatkan sejumlah 11 buah mukim. Sebanyak 210 orang keluarga telah menerima manfaat atas kurniaan ini.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH MERSING
En Mohammad Alif Bin Abdul Fa’tas, Penolong Pegawai Daerah Mersing telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bersempena Hari Ulangtahun Keputeraan baginda kepada penduduk-penduduk e-Kasih (miskin dan miskin tegar) dan rumah dalam pengawasan di kawasan PKPD iaitu di Kampung Makam, Kampung Benaung, Kampung Sawah Dato dan Kampung Tanjung Genting yang berjumlah 200 keluarga.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif,...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah menyempurnakan agihan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bersempena Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda kepada penduduk-penduduk asnaf di setiap Mukim dalam daerah Batu Pahat yang berjumlah lebih 150 keluarga.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Pentadbir Tanah Daerah; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat; Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng; Amin Baitulmal MAINJ; Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor, Penghulu-Penghulu serta Ketua-Ketua Kampung dan turut dijayakan dengan penglibatan para sukarelawan...
PENGAGIHAN KURNIAAN DAGING LEMBU SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Pengagihan daging lembu kurniaan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada golongan asnaf dan fakir miskin sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda telah disempurnakan oleh YBhg Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama semua Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor daerah Kota Tinggi yang dijalankan serentak di semua mukim daerah Kota Tinggi.
Pengagihan ini turut dibantu oleh penghulu-penghulu mukim bagi melicinkan agihan serta memastikan kurniaan ini sampai kepada golongan sasaran.
Kurniaan daging lembu kepada golongan yang...
YAYASAN JDT MENYUMBANG KE TABUNG BENCANA NEGERI JOHOR
Yayasan JDT melalui program YJDT-H.E.R.O telah menyumbang sebanyak RM30,000.00 kepada Tabung Bencana Negeri Johor bagi membantu meringankan beban mereka yang terkesan ekoran penularan pandemik COVID-19.
Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor oleh YB Dato’ Haji Ismail Karim – Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim Sdn Bhd merangkap Pemegang Amanah Yayasan JDT.
Turut menyerahkan sumbangan adalah Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) berjumlah RM200,000.00.