Skip to main content

Pengarang: admin

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MEI 2021 DAERAH PONTIAN

Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian Mengadakan Lawatan Ziarah Kasih Kepada 6 Buah Keluarga Yang Kurang Bernasib Baik Di sekitar Daerah Pontian. Tuan Pegawai Daerah Pontian Juga Berkesempatan Menyampaikan Kurniaan Daripada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor Kepada Setiap Keluarga Tersebut Bagi Bulan Mei 2021 Serta Bungkusan Sumbangan Berupa Barangan Keperluan Asas.Semoga Kurniaan Sumbangan Ini Juga Dapat Meringankan Beban Keluarga Ini. Turut hadir : Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian,Barisan Pegawai Pejabat...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR

Tuan Haji Shafiei Bin Ahamad selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan & penyerahan kurniaan DYAM TMJ kepada 3 keluarga yang kurang bernasib baik di Mukim Bukit Serampang. Penerima pertama ialah Encik Fadili Bin Samad, berumur 61 tahun yang menghidap masalah buah pinggang. Penerima kedua pula ialah saudara Muhammad Nor Hatta Bin Bustam, berumur 25 tahun yang telah ditimpa kemalangan. Penerima terakhir ialah Encik Daim Bin A. Aziz, berumur 61 tahun yang menghidap masalah kelenjar prostat. Turut serta dalam penyerahan ini, Encik Mohd Nazef Mubaraq Bin...

Continue reading

KURNIAAN SUMBANGAN KEPADA YAYASAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan dalam bentuk kewangan kepada Yayasan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Sumbangan kurnia dari Baginda yang juga merupakan Pro-Canselor UTHM telah disampaikan oleh Setiausaha Sulit DYAM Tunku Mahkota Johor kepada yayasan tersebut di Pejabat Naib Canselor UTHM pada hari ini, 10 Mei 2021. Sumbangan tersebut adalah untuk menampung perbelanjaan pelajar-pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung halaman sempena perayaan Aidilfiti tahun ini dan bagi mengharungi pandemik Covid-19. Allah...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH SEMPENA PENYAMPAIAN SUMBANGAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MEI FASA 1, TAHUN 2021 DAERAH JOHOR BAHRU

1. Penerima pertama merupakan kanak-kanak berusia 3 tahun 6 bulan yang mengalami sakit Mucopolysaccharidosis Tahap 1 (sakit genetik). Kos perubatan setahun RM275,600 dan kos ini berubah mengikut berat badannya. Rawatan yang dibuat di HKL setiap hari Jumaat. Beliau memerlukan suntikan enzim untuk mengelak sendi mengeras. 2. Penerima kedua mengalami sakit diabetes kronik, sakit buah pinggang (dialisis) dan penglihatan kabur akibat diabetes kronik. Beliau tinggal di rumah sewa dengan kadar bayaran RM550.00 bersama isteri serta 2 orang anak yang berusia 17tahun dan 11 tahun. Isteri beliau...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASJID DI DAERAH TANGKAK

Tuan Haji Shafiei Bin Ahamad selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan & penyerahan kurniaan DYAM TMJ kepada Tuan Mohamad Bin Abdullah selaku Timbalan Pengerusi Masjid Jamek An Nur Pekan Kundang Ulu di Mukim Bukit Serampang.Turut serta dalam penyerahan ini, As Syeikh Haji Adam Bin Ibrahim, Tuan Kadi Daerah Tangkak, Penolong Pegawai Daerah Tangkak, Penghulu Mukim Bukit Serampang serta Kariah Masjid Jamek An Nur Pekan Kundang Ulu.

Continue reading

SELAMAT HARI IBU

Terima kasih dan Selamat Hari Ibu kepada Mama, isteri saya dan ibu-ibu di luar sana! DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.